Kasiceq - Defect Inspection

Kasiceq - Defect Inspection

Share

Defect Liability Period: Malaysian Homeowner's Guide | PropertyGuru Malaysia 16/02/2019

Defect Liability Period: Malaysian Homeowner's Guide | PropertyGuru Malaysia Defect liability period is the warranty period on your new home. During this time, the developer is obliged to repair any flaw at no cost to the buyer. This guide teaches you how to go about it.

Photos from Kasiceq - Defect Inspection's post 15/11/2017

Ramai yang telah menggunakan servis Defect Inspection kami di PPA1M Larai. Anda macam mana..??
Anda belum lagi membuat pemeriksaan Defect Inspection..? Kami dari Mr.Defect mengingatkan dan sangat menggalakkan pemilik rumah baru melakukan pemeriksaan ke atas rumah mereka.
Lakukan sendiri mengikut tips dan panduan yang kami berikan di facebook.com/mrreno.mrdefect atau hubungi saja kami di wasap.my/+60138379760 untuk dibantu.

29/10/2017

Semalam sahaja Team Mr. Defect berjaya menyelesaikan 2 Full Defect Inspection bagi 2 unit rumah di Apartment PPA1M Larai, Presint 6 Putrajaya.

2 unit yang berbeza, 2 blok bangunan yang berbeza dan 2 kualiti kerja yang berbeza. Tindakan bijak bagi pemilik unit rumah ini kerana melakukan defect inspection terlebih dahulu sebelum sebarang kerja renovation.

Terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan-pelanggan kami di Apartment PPA1M Larai.
Kami di Mr.Defect nasihatkan dan sangat menggalakkan agar pemilik rumah baru melakukan Defect Inspection menyeluruh dahulu sebelum melakukan sebarang kerja-kerja ubahsuai, renovasi & kabinet kekal.
Tak tahu macam mana? Biar Team kami bantu. Lawati kami di facebook.com/mrreno.mrdefect atau hubungi kami di wasap.my/+60138379760 sekarang sebab ada tawaran menarik!

Photos from Kasiceq - Defect Inspection's post 20/10/2017

TILE POP-UP & BUCKLING
Jubin Tercabut & Menggelembung
Kecacatan pada jubin ini sering berlaku pada rumah-rumah baru yang ditinggalkan kosong tanpa sebarang perabot dengan semua tingkap dan pintu tertutup rapat menyebabkan kurangnya pengudaraan di dalam rumah. Nasihat kami di Mr.Defect ialah membiarkan semua pintu bilik (internal door) terbuka dan membuka satu tingkap bagi membenarkan udara masuk dan keluar. Bukaan kecil di tingkap dapur adalah memadai agar udara dan suhu di dalam rumah dapat diseimbangkan dengan suhu di luar rumah. Namun, kiranya anda telah mempunyai perabot atau rumah telah diduduki, semua ini tidak perlu dilakukan lagi.
Anda yang membeli rumah apartment / pangsapuri / kondominium bertingkat yang mana dikategorikan sebagai bangunan tinggi juga harus lebih berwaspada. Kecacatan ini sering berlaku pada rumah yang kedudukannya agak tinggi atau lokasi rumah berdekatan dengan lif atau rumah pam. Ini adalah kerana kebanyakan kes, perkara ini disebabkan oleh getaran atau pergerakan yang berterusan ditambah dengan kurangnya kualiti kerja pemasangan jubin.
Kekuatan lekatan jubin pada permukaan lantai atau dinding bergantung kepada banyak faktor. Selain daripada ‘tile adhesive’ yang digunakan adalah kurang sesuai, ia juga mungkin disebabkan oleh ‘hollowness’ yang mengurangkan kekuatan lekatan jubin. Malah, permukaan lantai yang tidak rata juga mungkin menyebabkan kecacatan ini.
Agak sukar untuk mengenalpasti kecacatan ini di peringkat awal sehingga ia benar-benar berlaku. Kami di Mr.Defect sentiasa sedia membantu untuk meminimumkan keberangkalian terlepas pandang kecacatan di rumah baru anda.
Hubungi kami di http://m.me/mrreno.mrdefect/ atau di wasap.my/+60138379760
Salam dari kami,
Mr.Defect of MYA Group

Photos from Kasiceq - Defect Inspection's post 19/10/2017

Di Malaysia, terdapat 2 standard atau garis panduan mengukuran kualiti pembinaan yang digunakan oleh sebilangan kecil pemaju seperti Gamuda, Sime Darby dan IJM Land. Kebiasaannya, standard hasil-hasil binaan yang menggunakan rujukan ini adalah lebih baik dan memuaskan berbanding mereka yang tidak menggunakan sebarang kayu pengukur.
1. CONQUAS - Merupakan garispanduan pemeriksaan kualiti pembinaan yang dihasilkan oleh BCA Singapore yang banyak digunakan oleh pemaju seperti IJM Land, Sime Darby dan Gamuda Land.

2. Qlassic - Merupakan panduan yang digariskan oleh CIDB Malaysia yang mana standardnya adalah sedikit rendah berbanding CONQUAS. Ia banyak digunakan oleh pemaju seperti TAPHS, TTDI Jaya dan lain-lain.
Sekalipun adanya dua standard kayu pengukur ini, kebanyakan pemaju di Malaysia masih tidak menggunakannya sebaliknya hanya berasaskan ‘general acceptable standard’ yang kebanyakannya bergantung kepada pemeriksaan arkitek.

Oleh kerana itu, kami di Mr.Defect dari MYA Group sangat menggalakan agar semua pemilik rumah baru yang masih berada dalam Tempoh Baikpulih Kecacatan (Defect Liability Period), menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin agar kualiti rumah anda mencapai paras yang memuaskan.
Anda tidak tahu di mana dan bagaimana hendak mula? Hubungi saja kami di http://m.me/mrreno.mrdefect/ atau di wasap.my/+60138379760
Salam sejahtera,
Mr.Defect of MYA Group

Want your business to be the top-listed Contractor in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Apartmen Larai Presint 6
Putrajaya