KPDN Laman Rasmi

KPDN Laman Rasmi

Share

15/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026 🇲🇾

Generasi belia adalah tonggak inovasi dan pemacu utama ekonomi negara. Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2026, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa komited menyokong aspirasi anak muda untuk tampil sebagai usahawan yang beretika, inovatif, dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, peranan belia sebagai pengguna bijak amat penting dalam mencorakkan pasaran dan ekonomi domestik kita. KPDN amat menghargai peranan aktif belia yang turut sama menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Teruslah melangkah ke hadapan dan menjadi ejen perubahan positif negara! 🚀

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja KPDN.

" Menggerak Belia MADANI"

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 14/05/2026

Pentauliahan Ketua Penguji/Penguji Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan (UFPK) 💼

MELAKA, 13-15 Mei 2026 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) terus komited memperkukuhkan standard penilaian fizikal bagi pengambilan pegawai penguatkuasa di KPDN.

Program ini dihadiri seramai 70 pegawai KPDN yang terpilih dari seluruh negara bagi kesiapsiagaan pengambilan skim perkhidmatan Penguat Kuasa.

Program pentauliahan ini adalah signifikan bagi memastikan calon-calon yang menghadiri UFPK dinilai sebaik mungkin oleh Ketua Penguji/ Penguji dengan input terkini daripada pihak SPA.

Program dirasmikan oleh YBrs. Puan Noridah binti Lohang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Photos from KPDN Laman Rasmi's post 14/05/2026

[KENYATAAN MEDIA]

KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERDAGANGAN NEGARA MELALUI STRATEGI MAMPAN DAN DAYA TAHAN GLOBAL

KUALA LUMPUR | 14 MEI 2026 | KHAMIS

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62623

Opening Hours

Monday 08:30 - 06:00
Tuesday 08:30 - 06:00
Wednesday 08:30 - 06:00
Thursday 08:30 - 06:00
Friday 08:30 - 06:00