Unit Integriti KPM
09/06/2026
📌 Program Literasi Kewangan: Sejahtera Kewangan Pemangkin Kesejahteraan Jabatan JPWP Putrajaya Tahun 2026
📅 9 Jun 2026 (Selasa)
Program ini telah menampilkan Puan Siti Zakiah Che Man, Ketua Unit Integriti, sebagai penceramah yang menyampaikan perkongsian berkaitan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai asas kepada kesejahteraan diri dan organisasi.
Melalui program ini, peserta didedahkan dengan amalan literasi kewangan yang baik serta kesedaran mengenai hubungan antara kestabilan kewangan, integriti dan kesejahteraan di tempat kerja. Inisiatif ini diharap dapat membantu warga jabatan membentuk budaya pengurusan kewangan yang lebih bijak, berdisiplin dan mampan.
09/06/2026
Pada 8 Jun 2026 (Isnin), wakil Komuniti Pendidik MADANI bersama rakan strategik iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Bahagian Profesionalisme Guru telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan dan membincangkan pelaksanaan Kursus Kenegaraan Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) Kementerian Pendidikan Tahun 2026 bagi Zon Sabah dan Zon Labuan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026.
08/06/2026
Mesyuarat Intervensi Bersama Ketua Agensi Peneraju Siri 2 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BPGN, BSTP dan BPK.
Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Integriti pada 8 Jun 2026, jam 10.00 pagi dengan objektif utama untuk memperkukuh penyelarasan pelaksanaan intervensi berkaitan integriti, tadbir urus serta usaha pencegahan salah laku dalam organisasi.
05/06/2026
Salam Jumaat.
Dalam kesibukan mengejar hasil dan memenuhi tanggungjawab, jangan kita lupa bahawa amanah bukan sekadar tugas yang perlu diselesaikan, tetapi nilai yang perlu dipelihara.
Integriti bukan tentang siapa yang melihat, tetapi tentang siapa diri kita ketika tiada yang memerhati. Setiap keputusan, setiap tindakan dan setiap tanggungjawab yang digalas adalah cerminan akhlak serta kejujuran kita.
Semoga Hari Jumaat ini mengingatkan kita untuk terus bekerja dengan hati yang ikhlas, memimpin dengan kasih, dan melaksanakan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab kepada manusia serta kepada Allah SWT.
Selamat menghayati keberkatan penghulu segala hari.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62604