Azufa Management & Services
23/05/2026
Alhamdulillah… ✨
Jodoh pertemuan semuanya aturan Allah SWT. Memang tak sangka dapat jumpa balik mereka berdua ni 😆
Entah bila kali terakhir jumpa pun dah tak ingat… maklumlah, lepas 5 kali beranak, banyak urat dah terputus 🤣 ingatan pun terhad 🤭🤭
Seronok dengar cerita perjalanan bisnes mereka. Jatuh bangun, susah senang, semua ditempuh bersama. Sis memang kagum dengan persahabatan mereka. Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku… turun naik business, mereka tak tinggal kawan belakang 👍🏻
Dalam dunia bisnes hari ni, bukan mudah nak jumpa partner dan sahabat yang saling percaya mempercayai dan terus berdiri bersama, tidak kira waktu susah mahupun senang.
Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami di Azufa Management & Services untuk uruskan kewangan, perakaunan dan percukaian — bukan sekadar siapkan kerja, tapi pastikan semuanya dibuat dengan teliti dan amanah 💪🏻
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga kita semua terus berjaya, berkembang dan dimurahkan rezeki 🤍
sis
bukan
18/05/2026
Alhamdulillah…
Setiap kali sesi perjumpaan bersama client, pasti ada pelbagai cerita, pengalaman dan cabaran perniagaan yang dikongsikan bersama. Kadang-kadang dari situlah banyak pengajaran dan kesedaran yang dapat diambil.
Client sis kali ini meluahkan kebimbangan mengenai prestasi perniagaan mereka apabila syarikat mengalami kerugian bagi tahun kewangan 2025. Selepas sesi post mortem dibuat, banyak perkara yang mereka sedari — antaranya kelewatan mengambil tindakan terhadap sesuatu keputusan sebenarnya memberi impak yang sangat besar, terutamanya terhadap aliran tunai (cash flow) syarikat.
Sebab itu setiap perancangan perlu dibuat dengan teliti dan pelaksanaannya juga perlu dijalankan mengikut spesifikasi serta tempoh yang telah ditetapkan. Jika tidak, kesannya akan mula dirasai pada kedudukan kewangan dan kestabilan cash flow syarikat.
Selain itu, kerugian bagi tahun kewangan 2025 juga dikhuatiri memberi kesan kepada lesen vendor Petronas yang telah lama mereka pegang. Mereka bimbang sekiranya kontrak tidak disambung atau skop kerja serta LO yang diterima akan menjadi semakin kecil pada masa akan datang.
Isu penalti daripada SST Kastam turut menjadi antara perkara yang membebankan mereka. Dalam hal ini, tiada banyak ruang kompromi yang boleh diberikan dan mereka terpaksa akur dengan tindakan serta penalti yang dikenakan. Secara tidak langsung, keadaan ini turut menyukarkan proses rolling cash flow syarikat.
Semoga segala urusan client sis ini dipermudahkan Allah SWT dan diberikan jalan keluar yang terbaik dalam menguruskan cabaran perniagaan yang sedang dihadapi 🤍
sis
bukan
05/05/2026
Rujukkan lanjut mengenai PCB
Ini roadmap PCB
Tanggungjawab majikan untuk buat potongan PCB atas gaji pekerja (yang layak sahaja) dan kemudian remit the payment to LHDN… jangan dah dipotong gaji staff tu x di bayar pulak ke LHDN, lagi banyak penalty tu nyer nanti… 😅😆
bukan
sis
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 50 Jalan Karyawan Bestari
Puncak Alam