PSF Fumigation Sdn. Bhd.

PSF Fumigation Sdn. Bhd.

Share

13/07/2026

Kami tahu…
kadang ada posting yang tersirat.

Tapi bukan yang ini... 🙂‍↔️
sudah terang lagi bersuluh, ini memang iklan servis pest control.

Kalau anda tengah diganggu semut, lipas, tikus atau anai-anai…
Iklan ni mungkin posting paling berguna hari ni. 😉

📲 WhatsApp je untuk tanya-tanya.

29/06/2026

Dalam rumah lain, dalam kereta pun lain… patutlah lipas ni antara makhluk terlama di bumi, survival skill bukan main-main. 🪳😅

Trivia: Lipas dah wujud lebih 300 juta tahun dulu, jauh sebelum dinosaur lagi. Sebab tu dia sangat adaptif, boleh hidup dalam pelbagai keadaan dan tahan lasak. 👍

Kenapa lipas kecil dalam kereta nampak macam bijak sangat?

Bila buka pintu kereta, dia lari.

Bila nak pukul, dia hilang.

Bila sembur racun, esok masih ada lagi.

Sampai kita rasa macam lipas ni ada strategi, ada meeting, ada group WhatsApp sendiri.

Sebenarnya bukan sebab dia “bijak” macam manusia.

Tapi lipas kecil memang sangat bagus dalam satu benda:

survive.

Badan dia kecil dan l***r, jadi dia boleh masuk celah seat, dashboard, carpet, door trim dan tempat yang mata kita tak nampak.

Antena dia p**a sangat sensitif.
Dia boleh rasa perubahan angin, gegaran, cahaya dan bau makanan.

Sebab itu bila kita baru bergerak sikit, dia dah lari dulu.

Kereta p**a memang tempat yang dia s**a.

Gelap.
Panas.
Banyak celah.
Ada sisa makanan.
Ada air manis tertumpah.
Ada plastik makanan bawah seat.
Ada serbuk biskut anak-anak.

Bila kita sembur aerosol, yang mati mungkin seekor dua.

Tapi yang lain boleh lari lebih dalam.

Sebab itu lipas kecil nampak macam “pandai elak perangkap”.
Padahal kita yang belum buang punca dia datang.

Nak lawan lipas kecil dalam kereta, jangan lawan dengan spray sahaja.

Vakum kereta.
Buang sampah.
Lap tumpahan air manis.
Keluarkan kotak dan plastik lama.
Jangan tinggal makanan dalam kereta.

Lipas kecil bukan bijak.

Dia cuma sangat pandai ambil peluang daripada ruang yang kita abaikan.

Want your business to be the top-listed Contractor in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 36, Jalan PPAJ 2/3, Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00