Laskar Tauhid

Laskar Tauhid

Share

Photos from Laskar Tauhid's post 03/12/2025

“Ada pelanggan saya di Saujana Aman yang pernah tempah kabinet dapur dengan saya. Malangnya, banjir besar tempoh hari menyebabkan keseluruhan kabinet beliau rosak. Ini bukan kali pertama kawasan tersebut sudah dua kali dilanda bencana banjir. Saya sangat simpati dengan keadaan beliau.

Hari ini beliau hubungi saya semula untuk buat kabinet baru. Tapi saya berkeras menasihatkan kali ini gunalah material yang betul-betul tahan air.

Pilihan terbaik:
✔ Aluminium – paling tahan, memang waterproof sepenuhnya
✔ PVC Foam Board – lebih murah tapi tetap kalis air dan tidak menyerap lembap

Banjir ni kita tak minta, tetapi jika kawasan memang kerap terjejas, lebih baik keluarkan sedikit duit lebih untuk material tahan banjir daripada terpaksa ulang semula setiap beberapa tahun. Biar sekali buat, puas hati lama.

01/12/2025

🔥 KABINET BAWAH 3G MELAMINE
💰 HARGA BAWAH RM2,000 SAHAJA!

Dapur dah ada table top, tapi bawah masih kosong?
Jom lengkapkan dapur anda!

✨ Termasuk drawer
✨ Soft-close
✨ Material melamine tahan lasak
✨ Design moden & kemas
✨ Siap ukur + siap pasang

Hantarkan gambar terus sebut harga 😎
http://www.wasap.my/+60126237253

20/11/2025

Bisnes besar bukan datang dengan mudah.
Dalam rezeki yang Allah aturkan, biasanya ia hadir bersama satu pakej lengkap kelengkapan kilang, tenaga kerja yang cekap, mesin yang mencukupi, modal yang kukuh, sistem kerja yang teratur, dan pelanggan yang konsisten. Semua itu bukan muncul sekelip mata.

Kadang bila tengah banyak kerja, mula la hati berangan:
“Lepas ni aku nak besarkan kilang ,nak beli mesin baru, nak tambah designer nak tambah tukang …”

Tapi hakikatnya, dalam bisnes ni kena kayuh perlahan-lahan.
Biarlah naik sedikit demi sedikit, asalkan berkat, stabil dan kita bersedia. Lebih baik begitu daripada naik mendadak dengan modal besar, tapi asas persediaan, pengalaman dan tawakal tak cukup kukuh.

Saya sendiri bukanlah hebat berniaga mana hanya orang yang tahu buat kerja.
Tapi saya percaya rezeki Allah itu luas, tapi datang ikut masa dan persediaan kita.
Usaha sungguh-sungguh, susun ikut kemampuan, dan selebihnya serah pada Allah.

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Alam Jaya Puncak Alam
Puncak Alam
42300