Butik Infaq Wangi Puncak Alam

Butik Infaq Wangi Puncak Alam

Share

22/09/2022

Alhamdulillah, infaq hari Jumaat lepas untuk 25org sahabat infaq 🥰 B*k kami dah hadkan, cuba untuk masih bertahan sehingga harini, alhamdulillah rezeki Allah..

Moga ada hamba Allah yg sentiasa mengingati kami di Butik Infaq Wangi, dapat kami bukak menginfaq lagi minggu hadapan 🥰 Walau RM1 setiap hari, kami di Butik Infaq Wangi sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dipermudah urusan para sahabat baik penginfaq & penerima 🥰

Jika ada yang tertanya kenapa kami s**a ayat infaq? Kerana pergunaan ayat infaq lebih sesuai untuk kami walaupun perkataan sedekah & infaq adalah sinonim.

Secara umumnya, infaq terbahagi kepada 2 :-

i) Infaq wajib :- termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.

ii) Infaq yang tidak wajib :- termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infaq dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, dalam ayat 215 surah al-Baqarah) ; Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Sekian coretan kali ni, moga bermanfaat ❤️ Sudi lah kiranya tuan², puan² share kan posting² kami untuk dapat kami bersemangat lagi berkongsi kisah² di Butik Infaq Wangi untuk amatan bacaan semua pengikut di sini 🥰

Kami mengharapkan sumbangan dana yang berterusan daripada sahabat² infaq untuk Butik Infaq Wangi kerana sumbangan kami kian berkurangan, kami cuba menjaga perbelanjaan kami untuk membantu asnaf tetap di BIW.. tak kira daripada wang ringgit @ ada yg sudi ingin terus membeli brg asas & kebersihan untuk kami pickup @ boleh menghantar terus di BIW kami..

Segala maklumat lebih lanjut untuk infaq wang ringgit @ barangan asas & kebersihan boleh lah terus click link ws di komen 👇

Photos from Butik Infaq Wangi Puncak Alam's post 31/08/2022

Assalamualaikum, kembali untuk bercoretan isi hati..

Kekangan masa.. Tapi teringat akan seorang insan yang saya rindui, dia yang tak pernah lupa ingatan nya pada rakan² penerima Butik Infaq Wangi walau kesibukkan nya tiada henti.. Saya hanyalah pengganti yang menjalankan tanggungjawab jika saya masih diperlukan untuk membantu di sini..

Agihan masih ada saya & dibantu rakan² arwah mama saya, untuk sekarang kami dah tak terima rakan penerima baru untuk agihan tapi jika ada yang perlu bantuan boleh kami usahakan beri ruang untuk menerima asnaf.

Saya jarang dapat nak rakam @ tangkap gambar sekarang.. Tapi agihan, saya usahakan untuk ada setiap bulan..

Walau berubah tempat, alhamdulillah rezeki tumpang di kedai Puan Haini & asbab infaq sahabat² penginfaq, kami masih mampu bertahan memberikan sedikit untuk di infaq kepada yang lain.

Moga amal jariah kebaikan tuan² / puan² terus mengalir untuk di hisab syurga kelak.

Sedikit coretan hati 💓

"Walau kadang kelihatan kuat;bahagia, ada hari perlu koma untuk menjadi tempat singgah, teruskan perjuangan hidup yang baik untuk menjadi nokhtah yang membahagiakan 🥰"

In shaa Allah, sudilah kiranya jika masih ada yang mencari tempat untuk disalurkan seringgit dua lebihan untuk kami, biar kami terus kuat membantu ibu² tunggal / ibu² berkeluarga yang mempunyai anak lebih daripada 3orang yang tak mampu memberikan apa keinginan anak² mereka 🥺 Semoga kita menjadi asbab senyuman anak² yang hanya cuma ingin bahagia di dunia ini bersama keluarga mereka 🥰

04/01/2022

Assalamualaikum, beberapa minggu ke belakang, kami para s**arelawan kekurangan org untuk handle & memberi laluan untuk para penginfaq untuk infaq pada mangsa² banjir.. jadi tiada aktiviti pemberian barang asas & sebagainya di Butik Infaq Wangi Puncak Alam..

In shaa Allah, tahun baru, usaha baru.. Kami memerlukan sokongan daripada orang sekeliling dari segi wang ringgit @ boleh terus infaq bantuan barangan asas / kebersihan @ susu..

In shaa Allah Butik Infaq Wangi bukak pada hari Rabu **esok (5/1/2022), Jumaat (7/1/2022) & Ahad (9/1/2022)..

DETAILS UNTUK INFAQ @ MEMERLUKAN BANTUAN BOLEH CHECK PADA KOMEN UNTUK WS 👇👇

Want your organization to be the top-listed Government Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Puncak Alam