TAPAU TIME

TAPAU TIME

Share

09/01/2022

Ahhh muaknya asyik makan menu sama time lunch! Rasa bosan dengan dengan sajian yang tiada variasi seperti cinta yang bertepuk sebelah tangan?🤐 Kombinasi tempe simbolik budaya masyarakat Jawa bersama keli yang penuh khasiat telah dihangatkan dengan sambal tradisi🌶️🌶️ Sekali cuba, pasti nak repeat banyak kali! Jom lunch di TAPAU TIME untuk menikmati pelabagai set makanan yang lazat lagi memikat! 💯💯💯

09/01/2022

Tempemu…Lunchku berasa kosong seperti keli yang keseorangan…🙁 Tetapi, dengan kesegaran kacang kedelai tempemu bertemankan kelembutan isi keli cukup menyempurnakan hari sibukku!😆 Set lunch yang sangat mampu milik (RM5) sedia menjadi pelengkap waktu makan anda semua! Jom order set baru TEMPEMU KELIKU TAK SEMPURNA di page TAPAU TIME sementara promosi FREE COD sekarang! 🤩🤩

09/01/2022

TIPS PILIH DAN SIMPAN TEMPE UNTUK TAK MUDAH ROSAK 💯

Kerap kecewa kerana tempe yang dibeli selalu rosak?😥Rasa dah merajuk makan tempe lagi? Haa, post ini sesuai untuk anda!😃Kami akan berkongsi tips untuk membeli tempe dan kaedah penyimpanannya agar ia kekal segar dan gebu.

TIPS:

1) Lihat biji-biji kedelai yang masih merekat secara sempurna dan suhunya yang masih hangat. Ia petanda bahwa tempe tersebut baru saja matang dan masih segar.

2) Pilih tempe yang masih beraroma kacang kedelai kerana tempe yang berkualiti baik akan mempunyai aroma kedelai yang kuat serta harum.

3) Perhatikan warna tempe yang putih suci kerana itu indikasi bahawa tempe itu baru sahaja dibuat dan sangat segar.
Usai beli tempe berdasarkan tips di atas, kita perlu mengipaskannya terlebih dahulu sebelum simpan di peti sejuk.

Haa, best kan dapat tahu rahsia untuk beli dan simpan tempe supaya tak mudah busuk!🥰 Jom gali lebih banyak rahsia dalam penyediaan makanan di page TAPAU TIME!👍

Photos from TAPAU TIME's post 09/01/2022

KHASIAT TEMPE YANG PERLU ANDA KETAHUI ‼️

Tahukah anda bahawa tempe yang sering anda lihat di pasar itu mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita?🤔 Mesti anda tertanya-tanya apakah kelebihan tempe ini, bukan? Jom kita kongsi khasiatnya:

1) Mampu membantu menurunkan berat badan kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar dan membuatkan kita cepat rasa kenyang.

2) Zat antioksidan boleh menghentikan pembentukan radikal bebas yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.

3) Kandungan kalsium dapat mengurangi risiko osteoporosis.

Kesemua khasiat tersebut dapat diperolehi jika ia diambil dengan kuantiti yang tidak berlebihan. Tertarik dengan info sebegini? Jom like page TAPAU TIME untuk mendapat info yang lebih lanjut!👍👍👍

09/01/2022

Biar telur saja yang masin, jangan kari yang masin! 😆 Gandingan telur masin bersama ayam kari yang penuh dengan aroma rempah-ratus mampu membuat hari sibuk anda menjadi hari yang terindah!😍 Jom lunch dengan set KARI KHUSHI KARI GHAM yang berharga RM5 jerrr! Murah kannn! Hanya di TAPAU TIME sahaja, anda dapat menikmati lunch dengan suasana Hindustan!💃

09/01/2022

Kepekatan kari yang tiada tandingannya ibarat kepekatan kisah cinta Rahul bersama Anjali! 💓 Sekali suap, pasti terbayang pemandangan New Delhi! 🇮🇳 Dua kali suap, badan mula menari-nari!🕺Berkali-kali suap, terasa seperti hero dalam Kahbi Khushi Kahbie Gham!🎥

Hidangan KARI KHUSHI KARI GHAM inilah yang menjadi high demand rakyat jelata! Apa tunggu lagi? Takkan asyik nak scroll je?! Jom pekena kari di page kami, TAPAU TIME sekarang juga!!😋

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


FASA 3, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00