Perfumy
13/01/2023
Hai semua.. hari ni Perfumy nak kongsi info...
KOPI DAN WANGIAN...apa kaitan kopi dan minyak wangi?
Selalunya kalau kita ke pasaraya, ketika memilih minyak wangi, pelayan di kedai akan memberi biji kopi untuk kita hidu, kenapa dan apa tujuannya?
Tujuan sebenar menghidu bau kopi setelah menghidu wangian adalah bagi meneturalkan semula deria bau si pembeli.
Sekiranya menghidu bau kopi setelah menghidu wangian mereka tidak akan tersalah menilai wangian tersebut. Cara ini kebiasaannya digunakan didalam kedai yang menjual pelbagai jenis haruman wangian. Mereka akan menyediakan bekas yang berisi kopi bagi memudahkan pelanggan mereka menghidu bau kopi tersebut untuk menghidu wangian yang lain.
Jadi itulah kaitan kopi dan wangian...
13/01/2023
Hai semua.. Perfumy nak kongsi info dengan anda
Tahukah anda memakai wangian mampu menguatkan daya ingatan?
Minyak wangi juga boleh menjadi faktor penting dalam menngenangkan memori yang indah. Wangian setiap orang adalah berbeza mengikut mood dan personaliti. Ramai wanita yang memakai wangian yang sama dengan ibu mereka untuk menghidupkan kenangan lalu bersama ibu.
Cuba beli minyak wangi baru setiap kali mengembara. Parfum yang berbeza akan mengingatkan kita tentang setiap percutian dan membantu menghidupkan kembali kenangan di masa lalu.
Jangan lupa wangian juga mengingatkan kita dengan kekasih lama..🤣🤣
Jadi pilihlah wangian yang mampu meninggalkan memori yang indah.
13/01/2023
Hai semua, nak tau tak?
Nak pilih wangian mana nak dipakai juga dipengaruhi oleh tujuan dan tempat yang nak dituju, Perfumy nak bagi tips kat semua supaya tak tersalah pilih wangian.🥰
Di tempat kerja....
Wangian lembut seperti wangian bunga atau segar lebih sesuai untuk persekitaran pejabat. Sekiranya anda bekerja di luar rumah, wangian segar yang lebih baik adalah yang terbaik.
Janji temu....
Wangian manis, romantis atau hangat lebih sesuai sebagai wangian untuk janji temu di malam hari. Cuba elakkan wangian segar untuk pertemuan yang dekat kerana boleh menjadi tajam apabila terlalu dekat takut wangian menjadi punca rosak janji temu.😅
Cuaca...
Untuk cuaca yang lebih sejuk seperti waktu malam atau hari hujan, lebih baik memakai sesuatu yang lebih manis dan hangat kerana aroma tetap dekat dengan kulit anda tidak seperti wangian segar.
Dan...
Wangian bunga yang lebih lembut boleh digunakan dan boleh dipakai bila-bila masa.
Jadi pilihlah wangian mengikut kesesuaian anda.
11/01/2023
❌❌Jangan bau lebih dari 3 jenis perfume dalam satu masa
Pernah pergi ke mall nak beli perfume dan mesti ada teaster kan?Kemudian nak cuba semua jenis perfume yang ada kat situ. Sampai hidung kita pon tak dapat nak kesan perfume ni bau apa tadi. Untuk pengetahuan semua, hidung kita ni perlu ‘berehat’ sebenarnya untuk seketika. Maksudnya rehat daripada bau wangian dan anda boleh neutralkan kembali bauan hidung dengan biji kopi. Anda ambil dalam secawan biji kopi, kemudian bau untuk seketika dalam 5 saat. Lepas tu baru sambung mencuba bauan yang lain. Teknik ini sangat berkesan dan telah terbukti bahawa biji kopi dapat menuetralkan kembali bauan. Pelik kan hidung kita ni, tapi secara logiknya begitulah cara ia bekerja.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Puncak Alam
42300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Tuesday | 09:00 - 16:00 |
| Wednesday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 16:00 |
| Saturday | 09:00 - 16:00 |
| Sunday | 09:00 - 16:00 |