SK Puchong Utama 3 RASMI
08/05/2026
๐โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐โจ
Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan murid di samping memperkenalkan bahan bacaan yang santai, menarik dan bermanfaat. ๐๐
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semoga usaha ini dapat menyemai minat membaca dan melahirkan generasi yang berilmu serta cintakan buku. ๐ซ
โBangsa Membaca, Bangsa Berjayaโ โค๏ธ
07/05/2026
๐โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐!
Bertemakan โTeknologi AI Pemacu Generasi Celik ITโ, program ini menjadi pembuka tirai kepada pelbagai aktiviti STEM yang bakal dijalankan sepanjang Karnival STEM 2026. ๐ค๐ก
Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir, guru-guru, murid serta warga sekolah yang telah menjayakan majlis peluncuran ini. Semoga program ini dapat menyemai minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik serta melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan celik teknologi. ๐
27/04/2026
๐ฅ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฅ
Selepas penat lelah murid-murid menjalani latihan dan persediaan, akhirnya tibalah kemuncak kejohanan yang penuh warna-warni, semangat dan keceriaan! ๐ช๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus merancang, melatih dan menjayakan program ini dengan jayanya. ๐
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang hadir memberikan sokongan padu kepada anak-anak. โค๏ธ
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan pentadbir, AJK PIBG, para tetamu jemputan serta semua pihak yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini. ๐
๐ ๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข:
๐๐จ๐ก๐๐ง ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง โ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Tahniah kepada semua rumah sukan dan murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi!
๐๏ธ Acara Tarik Tali (separuh akhir 1)
Perempuan
๐ก Kuning vs ๐ต Biru
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Puchong
47100
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:00 |
| Tuesday | 07:30 - 16:00 |
| Wednesday | 07:30 - 16:00 |
| Thursday | 07:30 - 16:00 |
| Friday | 07:30 - 16:00 |