Nasir Raman DUN Bagan Pinang
17/05/2023
Hari ini memenuhi jemputan dari Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Port Dickson.
Jamuan diadakan dengan kerjasama MPKK-MPKK di dalam daerah Port Dickson.
Sempat bergambar di booth yang diusahakan bersama MPKK-MPKK dalam DUN Bagan Pinang.
16/05/2023
Hari ini menyerahkan sumbangan-sumbangan untuk persediaan Jamuan Hari Raya Peringkat Daerah Port Dickson esok.
Enam biji hamper telah diserahkan kepada wakil Pejabat Daerah Port Dickson.
RM2000 p**a telah diserahkan kepada Pengerusi MPKK Si Rusa untuk persiapan khemah dan booth esok.
06/05/2023
Petang tadi memenuhi jemputan dari Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Zulkefly Mohd Omar di majlis rumah terbuka beliau di Lenggeng.
Sempat bergambar bersama YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaydia, dan YB Teo Kok Seong, Exco Negeri Sembilan.
18/04/2023
EDARAN BAKUL RAYA KE FRONTLINERS SEKITAR BAGAN PINANG
18 APRIL 2023 (SELASA), PORT DICKSON
Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Tn. Nasir Raman bersama pasukan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang mengambil inisiatif menyediakan dan mengedar bakul raya ke beberapa agensi kerajaan di sekitar Bagan Pinang.
Antara lokasi yang kami lawati pagi tadi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Klinik Ibu Mengandung Teluk Kemang, Balai Polis Teluk Kemang, Klinik Kesihatan Bagan Pinang, Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan FAMA Port Dickson.
Tn. Nasir juga sempat mengedarkan kad raya daripada YAB Dato' Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat petugas-petugas "frontliners" kita yang akan berkhidmat ketika kebanyakan kita bercuti raya.
16/04/2023
SUMBANGAN BAKUL AIDILFITRI KEPADA PENDUDUK KAWASAN PORT DICKSON
16 APRIL 2023 (AHAD), BAGAN PINANG
Tn. Nasir Raman dengan kerjasama Pertubuhan NS HARA pagi ini mengadakan sesi serahan sumbangan barang dapur sempena Hari Raya Aidilfitri di Balairaya Bagan Pinang.
Sebanyak 10 kampung terlibat dengan sumbangan ini dengan jumlah keseluruhan penerima seramai 71 orang. Setiap penerima mendapat beg barang dapur bernilai RM50 dan duit raya sebanyak RM50 seorang.
SUMBANGAN BAKUL AIDILFITRI KEPADA PENDUDUK KAWASAN PORT DICKSON
16 APRIL 2023 (AHAD), BAGAN PINANG
Tn. Nasir Raman dengan kerjasama Pertubuhan NS HARA pagi ini mengadakan sesi serahan sumbangan barang dapur sempena Hari Raya Aidilfitri di Balairaya Bagan Pinang.
Sebanyak 10 kampung terlibat dengan sumbangan ini dengan jumlah keseluruhan penerima seramai 71 orang. Setiap penerima mendapat beg barang dapur bernilai RM50 dan duit raya sebanyak RM50 seorang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang (N31), Bt. 3, Jalan Pantai
Port Dickson
71050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 16:30 |
| Tuesday | 10:00 - 16:30 |
| Wednesday | 10:00 - 16:30 |
| Thursday | 10:00 - 16:30 |
| Friday | 10:00 - 16:30 |