PUSAT LATIHAN ARMOR

PUSAT LATIHAN ARMOR

Share

Photos from PUSAT LATIHAN ARMOR's post 09/04/2026

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗠𝗥 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗠𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

PORT DICKSON, 9 April 2026: Seramai 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh PW I Mohd Khairuddin bin Ishak, SMR PULAMOR, di Padang Kawad Kem Sebatang Karah.

Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Markas Latihan, diikuti pemeriksaan perbarisan oleh SMR, seterusnya diteruskan dengan latihan kawad. Perbarisan ini merupakan antara aktiviti rejimental yang dilaksanakan bagi mengekalkan dan memperkukuh Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan anggota, selaras dengan hasrat Pucuk Pimpinan Tentera Darat agar amalan SPR terus dihayati oleh seluruh warga Tentera Darat.

Dalam ucapannya, SMR menekankan kepentingan menjaga disiplin dan keterampilan sebagai seorang soldadu terlatih, di samping sentiasa memelihara nama baik pasukan serta Tentera Darat secara keseluruhannya. Beliau turut mengingatkan agar semua anggota menjauhi gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan ketum, serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti perjudian yang boleh menjejaskan kerjaya dan imej pasukan.

Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar.

Photos from PUSAT LATIHAN ARMOR's post 16/03/2026

𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

PORT DICKSON, 16 Mac 2026: Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan bagi anggota PULAMOR yang akan p**ang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir semasa pemeriksaan Lt Kol Mohd Andri bin Ab Rahman, Ketua Bahagian Tadbir.

Pemeriksaan dokumen merangkumi aplikasi MyJPJ, MyTentera, Lesen Memandu, Cukai Jalan Kenderaan dan tarikh kenderaan diselenggara. Manakala pemeriksaan fizikal kenderaan p**a diperiksa merangkumi kondisi kenderaan seperti keadaan tayar, lampu isyarat kenderaan, lampu kecemasan, minyak enjin dan brek kereta.

Objektif pemeriksaan kenderaan adalah untuk memastikan kondisi kenderaan anggota berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu p**ang ke kampung halaman masing-masing. Selain itu, pemeriksaan juga dilaksanakan bertujuan memastikan kebajikan anggota terjaga agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Port Dickson?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Port Dickson