Pemuda GEMA Pulau Pinang
14/05/2026
Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Pemuda GEMA Pulau Pinang telah berlangsung pada 10 Mei 2026 bertempat di Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang. Buat julung kali nya MAN ini telah dijalankan secara hibrid dengan kehadiran ahli secara atas talian menerusi google meet. Saudara Mohamad Irshad mewakili Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia telah sudi untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAN pada kali ini. MAN juga turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang hadir pada MAN kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa dan ahli yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan MAN kali ini. Kita jumpa di MAN tahun hadapan.
**aupinang
01/03/2026
🌙✨ Pada 25 Februari 2026, Operasi MYSaveFood Ramadan di Pulau Pinang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 308.80 kg lebihan makanan hasil kerjasama peniaga di Bazar Bayan Lepas, Bazar Masjid Daerah Barat Daya, Bazar Masjid Bandar Perda dan Bazar MPKK Kubang Semang.Operasi ini digerakkan oleh sukarelawan daripada penggerak-penggerak Gerakan Pengguna Siswa Dari IPGKPP, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai dan IPGK Tengku Bainun yang komited turun padang demi memastikan makanan yang masih elok dan selamat dimakan dapat diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Ramadan mengajar kita erti syukur dan amanah — setiap lebihan yang diselamatkan bukan sekadar makanan, tetapi sinar harapan buat mereka yang menanti. Semoga usaha murni ini menjadi budaya berterusan dalam masyarakat kita, bukan hanya di bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun. 🤝💚
📢 Jom jadi sebahagian daripada gerakan ini!
Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sukarelawan MYSaveFood. Daftar sekarang di pautan berikut:
👉 https://pemudagemap**aupinang.my.canva.site/borang...
Bersama kita hentikan pembaziran dan suburkan budaya berkongsi.
**aupinang
25/02/2026
🌙✨ Pada 24 Februari 2026, Operasi MYSaveFood Ramadan di Pulau Pinang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 412.56 kg lebihan makanan hasil kerjasama peniaga di Bazar Bayan Lepas, Bazar Masjid Daerah Barat Daya, Bazar Masjid Bandar Perda dan Bazar MPKK Kubang Semang.
Operasi ini digerakkan oleh sukarelawan daripada penggerak-penggerak Gerakan Pengguna Siswa Dari IPGKPP, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai dan IPGK Tengku Bainun yang komited turun padang demi memastikan makanan yang masih elok dan selamat dimakan dapat diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Ramadan mengajar kita tentang amanah dan tanggungjawab. Setiap lebihan yang diselamatkan bukan sekadar makanan — ia adalah harapan buat mereka yang menanti. 🌾💚
📢 Jom jadi sebahagian daripada gerakan ini!
Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sukarelawan MYSaveFood. Daftar sekarang di pautan berikut:
👉 https://pemudagemap**aupinang.my.canva.site/borang-pendaftaran-sukarelawan-mysavefood
Bersama kita hentikan pembaziran dan suburkan budaya berkongsi.
**aupinang
[RAMADAN 2026: MISI SELAMATKAN MAKANAN DI PULAU PINANG! 🌙✨]
Jom sertai kami dalam misi murni MYSaveFood Ramadan Pulau Pinang!
Kami mencari hero dan he**in tanpa mengira latar belakang dan bangsa untuk bersama-sama turun ke lapangan bagi menyelamatkan lebihan makanan di bazar-bazar sekitar Pulau Pinang.
Kenapa anda perlu sertai kami?
Kurangkan Pembaziran: Pastikan makanan yang masih elok tidak berakhir di tong sampah.
Inklusif: Kami mengalu-alukan sukarelawan pelbagai bangsa & agama. Semangat perpaduan itu penting!
Berbakti: Bantu agihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.
📅 Tempoh: Sepanjang bulan Ramadan 2026
📍 Lokasi: Bazar Ramadan terpilih sekitar Pulau Pinang
Jom jadi sebahagian daripada perubahan.
Daftar sekarang di sini: https://pemudagemap**aupinang.my.canva.site/borang-pendaftaran-sukarelawan-mysavefood
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Pinang