Agricultural Engineering UniMAP

Agricultural Engineering UniMAP

Share

Photos from Agricultural Engineering UniMAP's post 22/01/2026

📌 Lawatan Akademik
📍 Zahara Garden & The Acre by Farm Fresh
📅 17–18 Januari 2026

Telah berlangsung lawatan akademik ke Zahara Garden dan The Acre by Farm Fresh pada 17 hingga 18 Januari 2026 bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aplikasi sebenar dalam sektor pertanian moden. Lawatan ini merangkumi pemerhatian terhadap struktur ladang (farm structural), susun atur kemudahan, sistem operasi ladang serta integrasi teknologi dalam aktiviti pertanian.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mempelajari peranan reka bentuk dan struktur ladang dalam meningkatkan kecekapan pengurusan, aliran kerja, keselamatan serta produktiviti operasi pertanian. Pendedahan ini membantu mengukuhkan kefahaman teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah melalui pemerhatian dan pembelajaran secara langsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Zahara Garden dan The Acre by Farm Fresh atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

14/11/2025

14 November 2025 | Dana Penyelidikan

Sekalung tahniah Dr Mohd Khairul Rabani Hashim dan penyelidik bersama Dr. Zainal Abidin Arsat, Dr Muhammad Nur Aiman Uda dan Ts. Dr. Fadhilnor Abdullah dari Program Kejuruteraan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan yang berjumlah RM 27,300.00.

14/11/2025

7 November 2025 | Dana Penyelidikan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Khairul Rabani Hashim dari Program Kejuruteraan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP di atas penerimaan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) 2025 berjumlah RM 75,470.00.

Want your university to be the top-listed University in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Faculty Of Mechanical Engineering & Technology
Perlis
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00