Sri Anggun Mobile Spa

Sri Anggun Mobile Spa

Share

Photos from Sri Anggun Mobile Spa's post 11/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelanggan yang telah mengambil pakej berpantang bersama kami. Terima kasih kerana mempercayai perkhidmatan kami untuk menjaga ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Semoga ibu cepat sihat, badan kembali bertenaga dan bayi membesar dengan sihat. 🌸

Kami amat menghargai setiap pelanggan yang memilih pakej berpantang bersama kami. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjaga dan membantu ibu sepanjang tempoh berpantang. Semoga segala usaha kecil kami memberi keselesaan, kesihatan dan kebahagiaan buat ibu dan bayi tersayang. 💖

01/03/2026

"Kenapa dalam param saya mesti ada cengkeh?"

Ramai ibu tanya saya,

“Kak, kenapa bau param akak lain sikit? Macam wangi hangat-hangat…”

Saya cuma senyum 😊
Sebab dalam setiap bancuhan param tu, ada satu bahan yang saya tak pernah tinggal iaitu cengkeh.

Cengkeh ni bukan sekadar rempah dapur. Dari zaman embah saya lagi, ia memang jadi bahan utama dalam penjagaan wanita selepas bersalin.

Masa badan masih lemah

Masa hormon masih tak stabil

Masa kulit naik jerawat dan muka nampak kusam

Cengkeh bantu dengan cara yang lembut tapi berkesan.

🌿 Dia bantu kecutkan jerawat yang muncul sebab perubahan hormon.

🌿 Dia bantu kurangkan bengkak dan radang pada badan yang penat.

🌿 Dia bantu tegangkan semula kulit yang kendur selepas bersalin.

🌿 Dia bantu lancarkan darah supaya wajah nampak lebih segar dan berseri.

🌿 Dan yang paling ibu s**a, rasa hangatnya bantu buang angin dan legakan kembung.

Bila saya sapukan param pada badan ibu berpantang, aroma cengkeh dengan gabungan herba yang lain tu naik perlahan-lahan.

Bukan sekadar bau wangi.
Tapi bau pemulihan.

Bau tradisi.

Sebab itu saya masih kekalkan cara tradisional.
Ramuan yang sama saya guna sepanjang saya sendiri melalui fasa mengandung dan berpantang.

Rawatan bukan sekadar urut.
Ia adalah proses memulihkan semula tubuh dan keyakinan seorang ibu.

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


No 32 Lorong 10 Bandar Bharu Putra Height
Perlis
02600