Ameerah Perlis
16/05/2026
🌸 Selamat Hari Guru 🌸
“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh insan bergelar pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membina akhlak dan membimbing generasi ummah. ✨
Jasa dan pengorbanan seorang guru amat besar nilainya. Bukan sekadar mendidik di dalam kelas, malah menjadi inspirasi, pembimbing dan pencetus masa depan anak bangsa. 📚💖
Semoga segala usaha, kesabaran dan keikhlasan para guru sentiasa diberkati Allah serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih cikgu, kerana menjadi cahaya dalam perjalanan ilmu kami. 🌷
Ikhlas daripada
Ameerah Perlis 💜
21/04/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Jamuan Hari Raya Aidilfitri Muslimat Muda pada hari Sabtu lepas .Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini berjayamenghimpunkan muslimat muda dalam satu majlis yang sederhana namun bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir serta pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin terus mekar dan diberkati
31/03/2026
✨ Sekalung Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM 2025 ✨
Apa jua keputusan yang diterima hari ini, yakinlah bahawa setiap usaha, pengorbanan dan doa yang telah dilakukan adalah satu kejayaan yang sangat bermakna.
Keputusan peperiksaan bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada langkah baru dalam perjalanan hidup. Teruskan melangkah dengan penuh yakin, reda dan syukur.
Semoga kejayaan hari ini menjadi pembuka jalan kepada masa depan yang lebih cemerlang, dan bagi yang belum mencapai sasaran, jangan pernah putus asa kerana rezeki Allah itu luas.
Reda, syukur, terus melangkah ke hadapan. 🌷📚
20/03/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
Semoga Syawal yang hadir membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua. Setelah melalui tarbiah Ramadan, semoga segala amalan diterima Allah SWT dan kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.
Raikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan eratkan silaturahim sesama keluarga, sahabat serta masyarakat.
Taqabbalallahu minna wa minkum 🌸
IKHLAS DARIPADA
AMEERAH PERLIS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Perlis