Ezyklik
Pilihan di tangan awak.
Nak… atau tak nak je.
Saya nak cakap jujur sikit…
Dalam pilih bisnes, bukan produk je kita kena tengok.
Kita kena tengok siapa orang yang nak bawa kita.
Sebab… Ramai yang nampak berjaya, income besar…
Tapi tak semua pandai guide dari kosong.
Ada yang rekrut ramai-ramai,
lepas tu… kita dibiarkan cari jalan sendiri.
Dan ada juga yang belum nampak “luar biasa”… tapi sungguh-sungguh pegang tangan kita, ajar satu-satu sampai faham.
Saya sendiri belajar, mengajar, cuba, ulang… sampai boleh.
Step by step. Bukan terus pandai. Sebab saya faham, orang yang baru mula memang perlukan guidance yang jelas.
Tapi satu benda ni penting…
Walaupun ada leader yang guide,
ia tetap akan berbalik pada kita.
✔️ Nak ke kita ubah hidup jadi lebih baik
✔️ Sanggup tak kita belajar benda baru
✔️ Nak tak kita ambil tindakan
Kalau semua ni ada…
InsyaAllah hasil tu akan datang.
Dalam masa yang sama…
kita bukan sekadar bina income.
Kita juga nak…
✨ Serlahkan Potensi Anak Anda
✨ Suburkan Minda Anak Anda Setiap Hari
Sebab bila kita berubah,
anak-anak pun akan ikut berubah.
Sekarang…
Semua dah ada depan mata awak:
✔️ Peluang
✔️ Sistem
✔️ Guidance
Akhirnya semua bergantung pada awak.
Nak kekal sama… atau nak cuba sesuatu yang baru.
Kalau awak pilih untuk cuba…
Saya ada untuk guide awak sampai jalan.
Tak pandai? Tak apa.
Kita buat sama-sama.
📌 Tekanan Yang Tak Diceritakan
Tak semua orang nampak struggle kita…
Kita senyum,
tapi dalam kepala penuh kira-kira.
Komitmen makin bertambah…
anak, rumah, keperluan harian—
semua perlukan duit 🤍
Kadang kita diam…
sebab tak semua orang faham apa yang kita tanggung.
Sebab itu bila saya jumpa peluang
yang boleh bantu tambah income—
saya tak ambil ringan.
✨ Serlahkan Potensi Anak Anda
✨ Suburkan Minda Anak Anda Setiap Hari
Dengan Eskayvie,
semua sokongan dah ada.
Kita cuma perlu mula…
dan konsisten 🌱
Tak perlu perfect.
Tak perlu tunggu “cukup bersedia”.
Kalau ada jalan untuk ringankan beban—
kenapa tak cuba?
💜 Nak mula tapi masih ragu?
Saya bantu guide step by step 🤍
Kadang kita banding anak kita dengan orang lain…
“Kenapa anak aku lambat sikit?”
Tapi sebenarnya—
setiap anak ada potensi sendiri 🤍
Cuma cara mereka berkembang tak sama.
✨ Serlahkan Potensi Anak Anda
✨ Suburkan Minda Anak Anda Setiap Hari
Bila kita bantu dari sekarang—
anak jadi lebih fokus, lebih yakin…
dan mula berani tunjuk kebolehan mereka 🌱
Ibu ayah…
tugas kita bukan bandingkan,
tapi bantu mereka bersinar✨
✨ Serlahkan Potensi Anak Anda
✨ Suburkan Minda Anak Anda Setiap Hari
01/12/2025
💚❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚
TAZKIRAH PELITA JIWA ( TPJ ) - Siri 115 @ 1/12/25 @ Isnin
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹
✨💔 Tajuk : “Jangan Kecewa Bila Perjalanan Hidup Kita Sentiasa Ada Halangan” ❤️✨
Mukadimah :
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Pernah tak kita rasa…
kenapa hidup kita ni asyik diuji?
Bila nak senang, datang lagi ujian.
Bila rasa dah stabil, tiba-tiba Allah ambil semula.
Kadang kita tertanya —
“Kenapa hidup orang lain nampak mudah, tapi hidup aku penuh halangan?”
Sahabat,
ketahuilah — Allah tak sedang menghukum, tapi sedang menyucikan.
1. Ujian Itu Tanda Allah Sayang :✨
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan mengujinya.”
(HR Tirmizi)
Allahu…
Kalau hidup kita penuh halangan, itu bukan tanda kita jauh dari Allah.
Tapi tanda Allah mahu dekatkan kita dengan-Nya.
Kerana dalam tenang, manusia mudah lupa.
Tapi dalam susah, manusia akan kembali bersujud.
Jadi bila datang halangan, itu sebenarnya panggilan lembut dari Allah.
2. Halangan Itu Jalan Menuju Kematangan Iman :✨✨
Sahabat,
kalau hidup ini lancar dari awal sampai akhir,
kita takkan pernah kenal erti sabar, redha dan tawakal.
Ujian, kesusahan, air mata —
semua itu Allah cipta bukan untuk menyakitkan,
tapi untuk menguatkan.
Ibarat pedang, takkan tajam tanpa diasah.
Begitu juga hati — takkan kuat tanpa diuji.
3. Jangan Banding Jalan Hidup Kita Dengan Orang Lain :✨✨
Kadang kita rasa kecewa sebab kita membandingkan.
Tengok hidup orang — nampak bahagia, nampak mudah.
Tapi kita lupa — setiap orang diuji dengan cara yang berbeza.
Ada yang diuji dengan kesempitan rezeki,
ada yang diuji dengan kehilangan,
ada yang diuji dengan kesenangan.
Semua orang diuji. Bezanya cuma cara Allah mendidik hati masing-masing.
4. Bila Ada Halangan, Jangan Berhenti — Tapi Dekatkan Diri Dengan Allah :✨✨
Sahabat,
setiap kali hidup terasa berat,
jangan terus kecewa, tapi tanya diri:
“Apa yang Allah nak ajar aku kali ini?”
Kerana setiap halangan membawa mesej daripada Allah.
Kadang Allah tahan sesuatu sebab Dia nak selamatkan kita.
Kadang Allah lambatkan sesuatu sebab Dia tahu waktu yang lebih baik.
Jadi, bila jalan hidup berliku — jangan berhenti, tapi teruskan melangkah dengan iman.
5. Penutup: Tenanglah, Allah Sedang Merancang Yang Terbaik :✨✨
Sahabat,
halangan dalam hidup bukan dinding yang menutup rezeki,
tapi jambatan yang membawa kita ke destinasi yang lebih baik.
Setiap air mata yang jatuh dalam sabar,
akan diganti dengan senyuman dalam redha.
Setiap luka yang kita tanggung hari ini,
akan jadi sebab Allah sayang kita di akhirat nanti.
Doa Penutup :✨✨
“Ya Allah,
bila jalan hidup kami terasa sempit,
lapangkanlah dengan kasih-Mu.
Bila hati kami lemah,
kuatkanlah dengan iman.
Dan bila kami diuji,
jadikanlah kami hamba yang redha dan bersyukur.
Tunjukkanlah bahawa setiap halangan itu adalah kasih sayang daripada-Mu.”
Āmīn Ya Rabbal ‘Ālamīn.
Pesanan Akhir :✨✨
🌙 Sahabat,
jangan kecewa bila hidupmu penuh halangan,
kerana mungkin di sebalik jalan yang sukar itulah
Allah sedang mengatur sesuatu yang luar biasa indah untukmu.
Semoga bermanfaat😄
Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah
Drp🌹
Al Faqir Ust Hj Wan Hamiidi Bin Wan Mat
Yayasan Eskayvie & Usrah Miftahul Jannah
💚❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Perlis
01000