PAS Kuala Perlis
02/07/2026
🎓𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜, 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛!
Adakah anda bekas pelajar PASTI ?
Kini tiba masanya kita kembali menyumbang kepada institusi yang telah membentuk asas ilmu, akhlak dan jati diri kita.
🤝Sertailah Alumni PASTI Malaysia dan jadilah sebahagian daripada rangkaian alumni yang berperanan memperkukuh ukhuwah, menyumbang kepakaran serta membangunkan generasi Rabbani.
Mengapa perlu sertai Alumni PASTI Malaysia ?
✅Mengukuhkan jaringan ukhuwah sesama alumni di seluruh negara.
✅Menyertai program pembangunan ilmu, kepimpinan dan kemasyarakatan.
✅Menjadi penyumbang kepada kemajuan PASTI dan ummah.
✅Mendapat maklumat serta perkembangan terkini aktiviti Alumni PASTI Malaysia.
Setiap langkah kecil anda hari ini mampu memberi impak besar kepada generasi akan datang.
📲Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Alumni PASTI Malaysia
"Membina Legasi, Membangun Ummah"
02/07/2026
✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦
𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜
Mengikut amalan demokrasi, kerajaan yang memerintah serta pemimpinnya dipilih melalui pengundian dalam pilihan raya. Menunaikan kewajipan politik Islam berkuasa memerintah hukumnya adalah wajib, kerana kuasa memerintah mentadbir negara adalah salah satu daripada tiga tujuan Allah mencipta manusia:
Beribadat, berkhilafah (politik) dan beramanah (melaksanakan hukum Allah yang Maha Adil).
1. Tujuan Beribadah
Dinyatakan oleh firman Allah SWT:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦ مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ ٥٧ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ ٥٨ فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُواْ ذَنُوبٗا مِّثۡلَ ذَنُوبِ أَصۡحَٰبِهِمۡ فَلَا يَسۡتَعۡجِلُونِ ٥٩ فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن يَوۡمِهِمُ ٱلَّذِي يُوعَدُونَ ٦٠
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. (57) Sesungguhnya, Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. [58] Maka, sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bahagian (seksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya. (59) Maka, kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang diancamkan kepada mereka. (60)” [Surah al-Zariyat: 56-60]
Beribadat dengan maksud memperhambakan diri kepada Allah, Pencipta alam termasuk manusia dan makhluk yang lain serta menyatakan kesyukuran dengan melakukan penyembahan dengan roh, jasad dan harta seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Memperhambakan diri termasuk juga menerima dan patuh kepada semua hukum Allah yang berkait dengan ibadat yang disebut di atas dan perkara keduniaan yang berkait dengan diri, keluarga dan bermasyarakat yang termasuk dalamnya politik, ekonomi dan lain-lain. Firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٖ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلٗا مُّبِينٗا ٣٦
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang Mukmin dan tidak (p**a) bagi perempuan yang Mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” [Surah al-Ahzab: 36]
2. Tujuan Berkhilafah
Dinyatakan oleh firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١ قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ ٣٢
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan (daripada makhluk manusia) seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’. (30) Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!’ (31) Mereka menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana’. (32)” [Surah al-Baqarah: 30-32]
Makhluk malaikat bersifat ghaib, hidup di alam rohani dan tidak bernafsu. Adapun manusia p**a berjasad, berakal dan mempunyai roh, serta bernafsu, berakal, kedirian, berkeluarga dan bermasyarakat serta berkaitan dengan benda-benda yang diciptakan di atas muka bumi yang mewajibkan mereka mentadbir dan mengurus dengan petunjuk Allah Pencipta alam.
Rasulullah SAW mentafsirkan perkataan khilafah dengan makna memimpin dan mentadbir urusan kehidupan manusia dengan sabda dan amalan.
Sabda Rasulullah SAW:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.
“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu para anbiya’ (dilantik oleh Allah) menjadi pemimpin siasah (politik) mentadbir mereka. Apabila seseorang nabi itu wafat, maka digantikan p**a oleh nabi yang berikutnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun akan ada para khalifah (pemimpin) dan jumlah mereka itu ramai.”
قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.
Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda menjawab, “Berikanlah ketaatan kepada yang pertama dilantik. Tunaikanlah kewajipan kamu dalam mentaatinya (dalam perkara tidak maksiat). (Ingatlah) bahawa sesungguhnya Allah akan menyoal mereka (pada Hari Kiamat) berkenaan kewajipan yang wajib ditunaikan oleh mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]
Para rasul menjadi pemimpin pada zaman masing-masing dan berdakwah menghadapi pemimpin dan rakyat. Rasulullah SAW sendiri menjadi ketua negara, diikuti oleh para sahabat yang dilantik menjadi khalifah selepas kewafatannya.
Betapa besarnya kewajipan politik sehingga Rasulullah SAW menjadi pemimpin negara yang mendaulatkan Islam, setelah Baginda menolak tawaran menjadi pemimpin tanpa mendaulatkan Islam.
Selepas kewafatannya para sahabat RA bermesyuarat memilih khalifah (pemimpin) dalam kalangan kaum penganut Islam daripada bangsa dan pemimpin Islam yang paling berpengaruh.
3. Tujuan Beramanah
Melaksanakan hukum Allah yang Maha Adil kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan segala amanah kepada yang berhak (layak) menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]
Ayat ini menunjukkan bahawa politik mentadbir negara bersama hukum Allah yang adil adalah perkara agama Islam (al-din) yang tidak boleh dipisahkan. Banyak hukum Islam dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bukan sahaja oleh seseorang individu.
Adapun anggapan bahawa politik itu kotor, seolah-olah ia sama seperti permainan dan perjudian berlaga ayam dan berlaga lembu, sedangkan menipu untuk mendapatkan kuasa bukan sebahagian daripada ajaran Islam. Firman Allah SWT menceritakan tuduhan kaum Nuh terhadap rasulnya:
فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةٗ مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥ قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي بِمَا كَذَّبُونِ ٢٦
“Maka, pemuka-pemuka orang yang kafir antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. (24) Dia tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu’. (25) Nuh berdoa, ‘Wahai Tuhanku, tolonglah aku, kerana mereka mendustakan aku’. (26)” [Surah al-Mu’minun: 24-26]
Berlakunya anggapan yang salah kerana jahil terhadap agama dan buta al-Quran atau tidak tafaqquh fi al-din (memperdalam ilmu agama) oleh kalangan yang hanya berilmu sahaja.
Memisahkan politik daripada agama termasuk dalam teori sekularisme iaitu ajaran sesat yang dirakamkan di dalam Bible (Injil) yang telah diselewengkan daripada wahyu Allah yang sebenar kepada Nabi ‘Isa AS:
“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar's, and to God the things that are God's.”
“Berikan milik Qaisar itu kepada Qaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]
Ajaran sesat ini dibawa masuk oleh penjajah supaya umat Islam tidak berpolitik dan menyerah diri kepada penjajah. Memberi peluang kepada penjajah untuk dilaksanakan dalam pentadbirannya dengan menyerahkan urusan mentadbir kepada penjajah, dan mereka tidak mencampuri urusan agama yang dinafikan ajaran politik.
Akibat ramai yang jahil terhadap agama Islam yang bersifat al-din menyebabkan ramai dalam kalangan umat Islam yang masih terpengaruh dengan ajaran salah warisan penjajah. Kini, ramai yang tidak keluar mengundi atau menjual undi sehingga kuasa Islam dirampas. Ada yang berebut jawatan sehingga berpecah belah yang membawa kelemahan, lalu dijajah oleh musuh. Firman Allah SWT:
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٤٦
“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Anfal: 46]
Perkara besar dalam Islam yang dinaskan dalam al-Quran, Hadis dan Ijmak para ulama’ sahabat dan tabiin, tiba-tiba dihapuskan oleh umat Islam sendiri. Inilah amaran Rasulullah SAW mengenai bencana yang akan menimpa umat Islam melalui sabdanya:
لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.
“Akan berlaku simp**an-simp**an yang mengikat ajaran Islam itu akan dirungkaikan satu demi satu. Setiap kali satu simp**an dirungkaikan, manusia bergantung dengan simp**an yang masih ada. Maka, simp**an yang pertama dirungkaikan ialah ajaran yang berkait dengan hukum pemerintahan (politik pemerintahan negara), manakala simp**an yang terakhir dirungkaikan ialah sembahyang.” [Hadis riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, no. 22160, daripada Abu Umamah al-Bahili]
Inilah penyakit tidak peduli politik. Walaupun ia adalah fardu kifayah, namun mendukungnya adalah fardu ain kepada setiap penganut Islam, dan termasuk perkara yang akan dipersoalkan pada Hari Kiamat nanti. Firman Allah SWT:
يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١ وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا ٧٢
“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap-tiap manusia dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. (71) Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (p**a) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (72)” [Surah al-Isra’: 71-72]
Firman Allah SWT:
يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ ٦٦ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧
“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam Neraka, mereka berkata, ‘Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (p**a) kepada Rasul’. (66) Dan mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). (67)” [Surah al-Ahzab: 66-67]
Hal ini menunjukkan bahawa ada kaitan antara pemimpin dengan pengikut yang dipilih dan disokong di dunia ini dalam perbicaraan pada Hari Kiamat kelak.
Para sahabat RA menunaikan kewajipan yang besar ini selepas kewafatan Rasulullah SAW, apabila sebahagian besar daripada mereka pergi berhimpun di Saqifah Bani Sa‘idah bagi menyertai pemilihan pemimpin yang akan menggantikan Rasulullah SAW selepas menunaikan solat jenazahnya yang mulia. Sehinggakan sebahagian kecil sahaja yang berada di tempat pengebumian jenazah Baginda SAW.
Abu Bakar RA dipilih kerana iman, ilmu, akhlak serta didukung oleh kaum Quraisy yang terkaut mendukung Islam.
Keluar mengundi dalam amalan demokrasi adalah menunaikan kewajipan memilih pemimpin di tempat masing-masing.
Para ulama’ menegaskan:
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ.
“Apa-apa yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka hukumnya wajib.”
Contohnya, berwuduk yang sunat menjadi wajib apabila ia menjadi syarat sah solat.
Keadaan lebih menjadi wajib apabila melibatkan kalangan bukan Islam berpeluang memilih pemimpin bukan Islam, atau kalangan mereka yang khianat terhadap agama dan umatnya kerana Islam dan umatnya dalam keadaan bahaya. Firman Allah SWT:
.. وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلًا ١٤١
“...Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang yang beriman.” [Surah al-Nisa’: 141]
Sejarah kehilangan kuasa Islam di tanah air umat Islam sepatutnya menjadi pengajaran.
Firman Allah SWT:
إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡـًٔا ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٣٩
“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang (mempertahankan Islam), nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Tawbah: 39]
Mengundi juga bertujuan menghantar wakil bagi menjalankan kewajipan amar ma‘ruf dan nahi mungkar, sekiranya tidak ditunaikan maka akan ditimpa bala yang besar. Sabda Rasulullah SAW:
لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ، أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ، فَلَيَسُومُنَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ، ثُمَّ يَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَهُمْ.
“Sama ada kamu menyuruh kepada kebajikan dan kamu mencegah kemungkaran atau (kalau kamu meninggalkannya) nescaya Allah (akan menguji kamu) dengan bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu kamu ditimpa azab Allah yang seburuk-buruknya. Kemudian, orang-orang yang baik dalam kalangan kamu berdoa, maka doa itu tidak diperkenankan.” [Hadis diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Fitan, No. 2169, daripada Huzaifah bin al-Yaman. Diriwayatkan juga oleh al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawa’id, No. 12134, daripada Abu Hurairah]
Sebab Islam menjadi syarat memimpin negara yang berkuasa politik kerana politik berada bawah perintah agama yang menjadi rohnya, akan ada balasan pada Hari Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala, perkara yang tidak ada dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia.
Perkara ini bukan bermakna bersikap fanatik terhadap agama dan bangsa kerana Islam mewajibkan adil kepada seluruh manusia dan memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, dengan maksud adanya penglibatan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Namun, pemimpin wajib dikawal dengan adanya roh keimanan kepada Allah dan balasan-Nya. Syarat yang ada dalam Islam (al-din) sahaja, tidak ada dalam agama lain dan semua ideologi yang lain.
Allah meletakkan sempadan hubungan dengan golongan bukan Islam. Firman Allah SWT:
لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]
Di sini kita dapat menyaksikan masyarakat Melayu Islam boleh bermasyarakat majmuk dengan aman bersama kaum lain daripada berbagai-bagai agama. Menunjukkan bahawa bangsa Melayu Islam ialah bangsa yang paling tidak perkauman dalam bermasyarakat kerana pengaruh Islam yang menjiwai diri mereka.
Maka, Melayu Islam wajib bersatu memilih pemimpin Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem dan wajib menolak kalangan bukan Islam yang ekstrem menentang Islam serta merancang menguasai negara bergabung dengan Melayu yang liberal dan tidak cinta akan agama dan bangsanya sendiri.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharram 1448 / 29 Jun 2026
[Bil: 42 / 2026]
23/06/2026
✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦
𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗨𝗛𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗡
Allah menjadikan kehidupan manusia yang diberikan akal dan kelebihan yang lain untuk berada dalam dunia yang menjadi medan ujian dan akan dihisab pada Hari Pembalasan yang tidak syak pasti berlaku. Firman Allah SWT:
تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
“Maha Suci Allah yang dalam Tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)” [Surah al-Mulk: 1–2]
Firman Allah SWT:
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦ وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ١١٧
“Maka, adakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka, Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia. (116) Dan sesiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. (117)” [Surah al-Mu’minun: 115–117]
Antara ujian dunia terhadap manusia yang bermasyarakat madani secara tabiinya ialah berlakunya pertembungan, perlawanan, sehingga peperangan sesama manusia antara yang benar dengan yang salah. Firman Allah SWT:
… وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١
“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” [Surah al-Baqarah: 251]
Firman Allah SWT:
… وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠
“…Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj: 40]
Namun begitu, Islam mendahulukan perdamaian dengan perintah Allah SWT:
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62)” [Surah al-Anfal: 61–62]
Allah menetapkan sempadan perbezaan yang wajib dihormati oleh semua pihak supaya tidak melampau, termasuk dalam peperangan yang diwajibkan kerana menentang penceroboh atau menentang mereka yang zalim menceroboh supaya membalas dengan tidak melampaui batas kemanusiaan. Firman Allah SWT:
وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]
Diharamkan membunuh mereka yang tidak terlibat dengan peperangan seperti kanak-kanak, warga tua, kaum wanita, dan lain-lain. Diwajibkan p**a melayan tawanan perang secara kemanusiaan dengan nas kitab Allah. Maka, diharamkan penggunaan senjata pemusnah yang merosakkan semua.
Islam mewajibkan layanan terhadap tawanan perang yang disenaraikan bersama anak yatim dan kalangan miskin. Firman Allah SWT:
وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨ إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا ٩
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan. [8] Sesungguhnya, kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak p**a (ucapan) terima kasih. (9)” [Surah al-Insan: 8–9]
Namun begitu, kitab Allah yang diwahyukan kepada anbiya’ yang dilantik oleh Allah dilupakan.
Dunia kini mengenali undang-undang ciptaan manusia yang bersifat lemah. Kononnya undang-undang antarabangsa berkembang daripada peraturan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan purba kepada sistem perundangan global moden yang dikawal selia oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejarah penggubalannya melalui beberapa fasa utama:
• Zaman Purba & Pertengahan (sebelum Abad ke-16): Amalan awal undang-undang dilihat melalui perjanjian damai tertua antara Empayar Mesir dengan Hittite (1258 SM) serta konsep Jus Gentium (Undang-undang Bangsa) dalam Empayar Rom.
• Perjanjian Westphalia (1648): Menandakan titik tolak sistem negara moden dengan prinsip kedaulatan negara dan kesamarataan wilayah.
• Era Moden Awal (Abad ke-17 & ke-18): Ahli undang-undang Belanda, Hugo Grotius (dianggap bapa undang-undang antarabangsa) mula menggubal prinsip-prinsip peperangan dan keamanan melalui karya De Jure Belli ac Pacis.
• Abad ke-19 hingga Awal Abad ke-20: Era penggubalan perjanjian pelbagai hala secara berstruktur, termasuk Deklarasi Paris 1853 dan Konvensyen Geneva 1864, diikuti penubuhan Liga Bangsa-Bangsa (LBB) pada 1919 bagi mengelakkan konflik berskala besar.
• Era Pasca-Perang Dunia II: Pembentukan PBB pada tahun 1945 membawa kepada penggubalan undang-undang hak asasi manusia sejagat (seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [UDHR] 1948) dan penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menyelesaikan pertikaian antara negara secara aman, sehingga tercipta teori menghapuskan peperangan.
Teori penghapusan peperangan (abolish war) merupakan cabang penting dalam disiplin hubungan antarabangsa (IR) yang mengkaji cara untuk mengelakkan atau menamatkan konflik bersenjata. Terdapat pelbagai idea utama, bermula daripada membina institusi global dan kerjasama ekonomi sehinggalah pendemokrasian.
Berikut ada p**a teori bagaimana peperangan dilihat boleh dihapuskan atau dicegah:
• Liberalisme / Idealisme: Teori ini percaya bahawa kerjasama antarabangsa melalui institusi seperti PBB dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) boleh menggantikan keganasan.
• Teori Keamanan Demokratik (Democratic Peace Theory): Mengikut pandangan ini, negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi jarang atau hampir tidak pernah berperang sesama sendiri.
• Kebergantungan Ekonomi (Interdependence): Hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi yang erat menjadikan peperangan terlalu mahal dan merugikan kepada kedua-dua belah pihak, sekali gus menghalang konflik daripada berlaku.
• Konstruktivisme: Memfokuskan peranan norma dan identiti sosial. Peperangan dapat dihapuskan sekiranya norma antarabangsa mula menganggap peperangan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima secara moral dan budaya. Akan tetapi, akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana peperangan tidak mungkin dihapuskan.
• Kononnya Reformasi kepada Perang yang Adil (Just War): Pendekatan falsafah dan moral ini menetapkan garis panduan ketat bagi mengawal perlakuan perang bagi meminimumkan kemusnahan, terutamanya jika ia jalan terakhir. Maka, al-Quran juga tetap menjadi rujukan.
Teori menghapuskan fitrah manusia seperti menghapuskan undang-undang semula jadi alam. Dunia tiada bermusim, tiada siang, dan tiada malam melawan ketetapan Allah Pencipta alam yang tidak ada kuasa kepada makhluk untuk membatalkannya. Inilah ketetapan berhikmah yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia dan ilmunya yang terbatas.
Begitulah sifat tamak dan zalim yang tetap wujud dalam manusia yang bernafsu mengalahkan akal sihat. Manusia tetap mencetuskan peperangan yang wajib dihadapi dengan berhikmah.
Kini, kita sedang berada pada zaman manusia membebaskan diri daripada fitrah kemanusiaan sehingga keluar daripada sifat tabii kemanusiaan, menjadikan mereka lebih melampau daripada binatang ganas di rimba. Ada yang membenarkan perkahwinan sejenis dan memberikan hak kepada binatang lebih daripada manusia.
Undang-undang antarabangsa, mahkamah dunia, dan PBB laksana harimau kertas atau singa tua tidak bergigi, bahkan lemah laksana sarang labah-labah. Mana-mana negara besar yang menganggap dirinya atau pakatannya yang terkuat menentukan keputusan sama ada benar atau salah mahupun adil atau zalim.
Mereka menolak nilai kemanusiaan yang berakal dan bercirikan kerohanian yang percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Pencipta alam Yang Maha Mengetahui dengan sifat kesempurnaan-Nya berhak menentukan sifat dan sempadan kehidupan manusia yang termasuk dalam alam ciptaan-Nya.
Teori luar tabii tersebut dilaksanakan oleh Zionis dan negara sekutunya, Amerika Syarikat yang memilih ketua negara mereka dengan sokongan Zionis yang bersifat luar biasa daripada tabii manusia. Di sini menunjukkan kekuatan, kekayaan, dan pembohongan menjadi penentu kepada kehidupan manusia, bukan lagi akal yang sihat. Maka, berlaku ‘double standard’ dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa.
Berlaku peperangan tanpa sempadan kemanusiaan yang semuanya menjadi sasaran tanpa pilihan, sama ada manusia sehinggalah alam sekitarnya. Disifatkan oleh Allah SWT:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥
“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia ialah penentang yang paling keras. (204) Dan apabila dia berpaling (daripada kamu), dia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya serta merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205)” [Surah al-Baqarah: 204–205]
Israel bersama Amerika Syarikat dan negara sekutu mereka menyerang kump**an yang melawan mereka daripada kump**an Palestin yang berwajah Islam (Hamas dan Tanzim Jihad), Hizbullah, Ansarullah, dan Iran. Semua yang berwajah Islam diberikan jenama pengganas dan pelampau, malah semua dijadikan sasaran tanpa terpilih sama ada tentera ataupun orang awam, sehinggalah rumah ibadat, sekolah, hospital, khemah perlindungan, pasukan bantuan kemanusiaan, kebun, bekalan air, dan segala-galanya tanpa sempadan undang-undang antarabangsa.
Segala keputusan PBB, mahkamah dunia, dan pertubuhan antarabangsa dibatalkan. Adapun Zionis Israel dianggap sebagai pihak yang benar dan adil serta bukan pelampau, tetapi wajib dijaga keamanan dan keselamatan mereka.
Mereka menganjurkan perdamaian dan gencatan senjata yang zalim supaya melucutkan senjata pihak lawan mereka, namun membekalkan segala jenis persenjataan kepada Israel yang terus menyerang, menceroboh, dan meluaskan kawasan penaklukan mereka atas nama menjaga keamanan.
Kekuatan senjata dan paksaan menjadi penentu kebenaran dan keadilan. Semua negara dunia dipaksa menyokong perdamaian yang nyata zalimnya sambil pihak media dipaksa mendukungnya.
Negara-negara Arab dan beberapa negara Islam dijadikan pangkalan bagi menyertai langkah yang zalim ini dan memaksa semua negara dunia menyokongnya.
Mereka mendabik dada kononnya mendukung demokrasi dan menegakkannya. Pada masa yang sama, sengaja menegakkan diktator atau demokrasi yang menipu bagi menghalang kebangkitan rakyat menentang kezaliman yang nyata, khususnya di negara-negara Islam.
Islam dan penganutnya p**a dijadikan sasaran yang dianggap musuh pertama. Firman Allah SWT:
۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ … ٨٢
“Kamu pasti mendapati bahawa manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang yang beriman ialah kalangan orang Yahudi dan orang Musyrikin…” [Surah al-Ma’idah: 82]
Melalui gerakan Zionis, mereka mengumpulkan gabungan bersama semua kump**an anti-Islam lain dalam pakatan Ahzab baharu bagi menentang Islam dan penganutnya tanpa sempadan kemanusiaan.
Firman Allah SWT:
ضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٖ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ١١٢
“Mereka diliputi kehinaan di mana-mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” [Surah Ali ‘Imran: 112]
Sehinggakan budaya ‘double standard’ menjadi cara hidup mereka dengan kemegahan menjadi penganut kitab Allah yang diletakkan di belakang tanpa diamalkan. Firman Allah SWT:
مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya ialah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Surah al-Jumu‘ah: 5]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Muharram 1447 / 17 Jun 2026
[Bil: 39 / 2026]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Perlis