Kami Mengembara

Kami Mengembara

Share

16/02/2026

Aku ni bukan la jenih palatao sgt pun...tp dah pegawai imigresen tu cakap...esok dah bukak , dah boleh masuk melalui border ni...aku bagitau la... Bukan nak jadi terpaling awal info... Sekadar nk memudahkan urusan org..

Kita tak tau keperluan dan kesusahan org.

Photos from Kami Mengembara's post 09/01/2026

Al kisah hari ke 4
29 Disember 2025

Malam tu kami tidur dalam kesejukan aku rasa suhu bukan 17 darjah celcius seperti yang tertera dalam handphone.

Demi mengejar sunrise untuk dapatkan gambar-gambar cantik kami bangun awal seawal lima pagi.

Memang tak mandi dah waktu ni sejuk gila. Tapi nak solat kena ambil wuduk juga sejuk macam tuang ais batu.

Selepas solat subuh kami pun mendaki bukit sejauh hampir 1km lebih. Penat tu tak tahu nak cerita dah.

Orang ramai mula berpusu-pusu naik mendaki bukit menunggu matahari naik .

Betullah jangkaan aku suhu 11 darjah celcius. Patutlah sejuk sangat.

Kami lepak agak lama di atas puncak phu Thab Berk ni sambil menikmati keindahan alam dan minum kopi. Ramai pelancong lepak kat atas.

Perasaan tu sukar nak diceritakan hanya boleh berkongsi melalui gambar saja. Dan pasti aku repeat balik bermalam di atas Phu Thab Berk.

Terlalu banyak view-view cantik yang belum sempat aku rakam.

Untuk makluman hangpa setiap kali hangpa naik cameraman tunggu di setiap selekoh untuk ambil gambar. Dari bawah sampailah ke atas.

Lepas dah minum kopi kami cuba cari jalan shortcut kebun kubis dan jagung siapa lah yang kami lalu. Dah macam main game terpaksa berlawan dengan anjing lembu, mcm naik level pula.hahahaha. nasib lah tiga ekor anjing garang tu tuan dia rantai.

Aku, Aju Azuadi dan Ameer Isnain dah kecut perut tgok anjing tu .. alhamdulillah lepas.

Jam 10:00 pagi kemas-kemas dan terus check out untuk ke prachin buri. Sebab kami rancang untuk bermalam di Pattaya pada 30 disember.

So kami kena drive sehampir yang mungkin ke Pattaya.

Perjalanan turun seperti biasa kami sempat ke asian intersection.

Entah jalan mana yang google map bawa kami masuk ke ladang-ladang tebu dlm kawasan kampung dan jumpa lagi windmill besar di dalam kampung.

Jam 10:00 malam sampai di prachin buri ingat nak terus ke Pattaya, tp sebab fikirkan bab keselamatan, kami ambik keputusan untuk bermalam disini.

Dapat resort dengan harga 750bhat utk 3 orang.. alhamdulillah.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Padang Besar
Perlis
02100