The R-Team
15/01/2023
1️⃣Hari1️⃣Fakta
Tahukah anda? Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara pada tahun 2019, kadar kitar semula sisa plastik di Malaysia hanyalah sebanyak 24%.
Peratusan ini sangat rendah dan terlalu jauh daripada sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 40% menjelang tahun 2025.
Negara lain yang mempunyai kadar kitar semula plastik yang lebih baik adalah India (60%), Korea Selatan (45%) dan kesatuan Eropah (30%).
Ayuh rakyat Malaysia, kita sama-sama mempromosikan kitar semula dalam komuniti kita, di sekolah-sekolah, universiti-universiti, pejabat-pejabat dan kawasan awam!
Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/futureproof-tackling-low-recycling-rate-and-circular-economy-plastics
-team
14/01/2023
1️⃣Hari1️⃣Fakta
Tahukah anda berapa lama tempoh masa untuk sisa pepejal seperti botol plastik, lampin pakai buang, polistrin dan sebagainya terurai? Setahun, 10 tahun atau 100 tahun!
Jika kita tidak membuang atau melupuskan di tempat yang betul, maka sisa tersebut mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula jadi.
Janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana tempoh penguraian bahan secara semulajadi ini mengambil masa yang lama.
Marilah sama-sama kita amalkan kitar semula yang dapat mengurangkan penggunaan dan kemusnahan sumber alam semulajadi serta mengurangkan bahan buangan.
-team
12/01/2023
Our feedback from receivers of clothing❤️
12/01/2023
What The R-Team meaning ? Here it is the answer...👇
✅ Tahukah anda, menderma pakaian lama bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan bagi tujuan amal dan membantu golongan memerlukan.
✅ Pakaian yang masih elok untuk dipakai akan didermakan kepada negara membangun, manakala yang sudah tidak dalam keadaan baik akan dibawa untuk proses kitar semula atau guna semula.
✅ Sebagai masyarakat yg bijak, kita perlu berfikir dahulu dalam membuang sebarang sampah yang akan berakhir di tapak pelupusan sampah, kerana ia mengambil masa lama untuk dilupuskan selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.
*PERHATIAN* ‼️
Untuk pengetahuan semua, hari ini .r_team_ akan mengadakan kempen derma pakaian terpakai di Pasar Malam Bintong pada pukul 5 petang. Jadi jom beramai2 memeriahkan lagi kempen tersebut .. JUMPA ANDA DI SANA! 😉✌🏻
Sumber : https://youtu.be/y-tqxFjVrxA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Perlis