Ustaz Azizul Mokhtar

Ustaz Azizul Mokhtar

Share

10/02/2026

Orang selalu tanya…

“Macam mana nak upgrade hidup?”

Jawapan dia bukan tunggu kaya.
Bukan tunggu sempurna.
Bukan tunggu orang nampak usaha kita.

Tapi kita mula dengan disiplin yang orang tak nampak.

Kalau kita nak hidup berubah, kita buat yang ni dulu:
1. Kita jaga makan.
Perut rosak, emosi pun ikut rosak.
2. Kita bangun awal.
Orang berjaya tak guna sisa masa.
3. Kita jalan kaki pagi.
Sekurang-kurangnya kita sedar… kita masih diberi nyawa.
4. Kita angkat beban.
Biar badan kuat.
Biar mental tak lembik.
5. Kita kurangkan bercakap benda tak perlu.
Tenaga itu mahal.
6. Kita lebihkan mendengar.
Orang matang tak sibuk jadi paling betul.
7. Kita tidur awal.
Jangan gadai kesihatan untuk perkara tak penting.
8. Kita jaga keluarga selagi ada.
Jangan tunggu kehilangan baru nak rasa rindu.
9. Kita jaga fikiran.
Fikiran itu doa yang kita ulang setiap hari.

Dan paling penting…

Hidup kita, tanggungjawab kita.

Allah beri kita 24 jam sehari.
Orang berjaya guna 24 jam.
Orang gagal pun guna 24 jam.

Bezanya bukan masa.
Bezanya disiplin.

Kalau tahun ni masih sama macam tahun lepas,
mungkin bukan sebab rezeki sempit…

Mungkin sebab usaha kita masih suam-suam.

Kalau kita betul-betul nak berubah,
kita mula hari ini.

Bukan tunggu esok.

Barulah
Padu Bersatile Semasa😎

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis