Kunyit Hitam Plus

Kunyit Hitam Plus

Share

14/09/2022

Tips menjaga diabetes dengan baik

DIET SIHAT, SEIMBANG
Penghidap diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak mempunyai diabetes dengan hanya sedikit penyesuaian. Sesengguhnya, tidak perlu menyediakan makanan berasingan atau membeli makanan istimewa. Malah, anggota keluarga dapat menikmati bersama makanan sihat dan berkhasiat.
Mulakan dengan memilih pelbagai jenis dari setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa atau nutrisinya. Sekiranya obes atau berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori (dan garam, untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi).

Pastikan banyak pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan banyakkan minum air - jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis dan kembang kol setiap hari. Minum 6 hingga 8 gelas (kira-kira 2 liter) air (kosong - bukan jus atau minuman berkarbonat) setiap hari.

Pastikan pengambilan serat yang mencukupi (kira-kira 20-30 g sehari) dalam diet harian. Sumber-sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk mengamalkan panduan 'Pinggan Sihat' - penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks), sebagai contoh, beras atau roti. Sudah tentu, perlu menggunakan pinggan yang lebih kecil (tanpa menambah!), jika perlu menurunkan berat badan.

Dapatkan nasihat pakar diet jika memerlukan bantuan dengan pemakanan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Perak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Perak