Syanis Collection

Syanis Collection

Share

11/06/2022

Assalamualaikum & good morning🦋
Harini nak share tips atau idea untuk kekalkan tudung hijabis kekal terbentuk dan on point!✨ Tips ni boleh diguna pakai sama ada anda mengenakan tudung bawal ataupun tudung shawl

🦋Hair Spray

Kenapa hair spray? Manfaat hair spray bukan sahaja pada yang tak bertudung tau. Yang bertudung pun boleh menikmati kewujudan hair spray ni. Korang boleh grab mana-mana jenama hair spray untuk kekalkan awning tudung anda.

Hair spray dapat membantu untuk memberi tekstur pada hijab anda. Tak kisah, hijab bawal mahupun hijab shawl. Tanpa sebarang kekotoran ataupun kesan. Semburan hair spray selalunya digunakan ke atas material hijab yang sangat lembut dan licin seperti satin silk dan satin.

Spray ikut keperluan. Selalunya, hijabis akan spray pada bahagian awning tudung sahaja. Kalau nak spray lebih pun, tiada masalah.


🦋Hijab Spray

Sama seperti hair spray. TETAPI lebih friendly pada hijab. Isian dan kandungan spray pun memang khusus di formula untuk hijab kita. Macam-macam jenama boleh kita dapat. Hanya perlu search ‘Hijab Spray’!

🦋 iron hijab dengan betul

OKAY HIJABIS! Part ni kita kena extra focus. Untuk bawal, selalu tricky semasa menggosok. Awning gelembung la, awning tak tegak la, ataupun awning terlalu lembut. Walaupun sekarang ni banyak gaya hijab yang tak mementingkan awning, tapi SALAH cara iron boleh rosakkan mood Si Hijabis seharian.

Untuk tudung bawal :
1) Gosok semua bahagian
2) Lipat 3 segi
3) Gosok semua bahagian kecuali awning

Untuk shawl takde masalah, gosok sahaja semua bahagian. Tetapi ingat, jaga-jaga dengan suhu iron, Nanti shawl yang cantik tu terbakar p**a.

🦋Pemilihan anak tudung / inner tudung

Paling utama, mestilah selesa dan lembut pada kulit. Keduanya, anak tudung mestilah dipakai rapi, tidak terlalu ketat ataupun tidak terlalu longgar, just nice. Sebab, anak tudung juga punca tudung kita bergerak-gerak kerana terlalu longgar.

Ini kerana, anak tudung kita bersentuhan dengan tudung (bawal/shawl), jadi, bila ia terlalu longgar, hijab kita tidak terletak cantik di kepala kita. Paling teruk, anda mungkin akan Nampak tidak kemas / selekeh. Takkan anda nak pinkan tudung bersama inner sekeliling kepala dengan banyak kan. Mestilah tak nak.

Haaaa, jadi apa perlu anda buat?

Pilih anak tudung / inner tudung yang mengikuti keselesaan anda. Jenis penuh, separuh, tieback dan banyak lagi jenis potongan dan material anak tudung untuk anda pilih. Hijabis perlu bijak membuat pilihan untuk tampil bergaya dan kemas sepanjang hari!

🦋Sanggul rambut / Scrunchy

Yes! Ramai s**a pakai sanggul ataupun scrunchy untuk nampakkan yang hijab kita pada hari tersebut ada ‘volume’. Terbentuk dan terletak cantik. Scrunchy juga adalah salah satu trend yang diminati hijabis masa kini! Kerana, kebiasaannya scrunchy direka dengan warna-warna yang cantik dan corak yang comel dan girlish. Memang menjadi kegemaran seorang yang bergelar perempuan.

Jadi, sanggul rambut atau pemakaian scrunchy perlulah tidak terlalu tebal, berat dan tinggi.

Alert! Jika tidak, anda akan kelihatan pelik ataupun kepala anda mempunyai bonggolan yang katara. Pakai dan adjust dahulu di hadapan cermin. Pastikan ketinggian dan kedudukan sanggul atau scrunchy, adjust sampai puas hati, dan rapi

04/06/2022

Nak dekat dah🤭 tak sabarnya nak tunggu tudung baru launch🤗 dah ada gambaran dah ke untuk tudung Syanis Collection nih😆

04/06/2022

Hi guysss 👋🏻

Harini Syanis Collection ada berita baik untuk semua pelanggan kami. Kami akan mengeluarkan tudung baru pada hari Isnin, 6 Jun 2022. Cuba teka tudung yang kami akan keluarkan ni shawl atau bawal? 😜

28/05/2022

Price list terkini Syanis Collection✨
Kalau berminat boleh direct pm link dibawah ya! ❤️

http://www.wasap.my/60174593062/nakorder

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Perai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


22 Lorong Sutera Prima 5, Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Perai
13700