Sekolah Kebangsaan St. Mark Perai-Rasmi
07/05/2026
07 Mei 2026 (Khamis) | Lensa sekitar raptai penuh Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-65 Tahun 2026 serta penyampaian hadiah bagi acara padang dan tarik tali bagi tempat ketiga dan keempat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang atas semangat kesukanan dan usaha yang ditunjukkan.
Ayuh bersama-sama kita memeriahkan kejohanan sebenar yang akan berlangsung pada 09 Mei 2026 (Sabtu). Jumpa anda di sana!
06/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
🧑🧑🧒🧒 Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang dalam proses untuk menaik taraf semua bilik darjah di sekolah. Projek naik taraf ini melibatkan kerja-kerja mengecat, menukar lampu, memasang langsir, memasang wall border dan menukar papan kenyataan yang lama dan uzur.
🏫 Justeru, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan komuniti bagi Projek Naik Taraf Bilik Darjah seperti yang tertera.
📚Kelas yang selesa bukan sekadar tentang hiasan, tapi tentang membina semangat untuk anak-anak hadir ke sekolah dan belajar dengan gembira.
🫱🏻🫲🏼Semoga sumbangan tuan/puan hari ni menjadi pemangkin semangat anak-anak St. Mark untuk terus belajar dalam suasana yang kondusif dengan gembira, sekali gus menjadikan ini memori terindah apabila anak-anak dewasa kelak.
💰Sumbangan terkumpul (6/5/2026) : RM 3170.00
🧾 Bukti sumbangan boleh diserahkan kepada Cikgu Nazri (Bendahari PIBG) untuk dapatkan resit rasmi dari pihak PIBG. 📲
https://wa.link/n3unzk
019-3564149
📌Sumbangan akan ditutup apabila telah mencapai jumlah sasaran (RM 14 000.00).
Terima kasih. 🫱🏻🫲🏼
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lorong Perai Tiga
Perai
13600
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 17:00 |
| Tuesday | 07:00 - 17:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:00 |
| Thursday | 07:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |