Jameel Group

Jameel Group

Share

Photos from Jameel Group's post 30/10/2023

DARI SEBUAH KEDAI BIASA KEPADA PASARAYA : SABASUN LAMBANG KEJAYAAN ANAK MELAYU TEMPATAN

Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji.

Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya.

Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.

Pada tahun 2000, Pihak Sabasun mula membeli tanah disebelah bangunan asal seluas 20 ribu kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru yang ada sekarang dibina dengan keluasan ruangan jualan keseluruhan menjadi 37 ribu kaki persegi. Pada tahun yang sama juga Sabasun didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sendirian Berhad. HyperRuncit diambil dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu ‘Hyper’ dan ‘Runcit’

Begitulah sejarah awal sebuah perniagaan anak tempatan Terengganu bernama SABASUN di bandaraya Kuala Terengganu. Tanyalah siapapun orang Terengganu, mereka pasti kenal akan pasaraya SABASUN ini.

Jom sokong produk tempatan!

21/03/2022

Assalamualaikum semua. Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadan.
Harap kita sudah bersedia rohani dan jasmani.

18/10/2021

Salam Maulidur Rasul
Contohilah Rasulullah SAW dari segenap aspek.
Jadi peniaga, peniaga yang jujur.
Jadi pendakwah, pendakwah yang tidak putus asa.

Want your business to be the top-listed Business in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jameel Group, Tanah Merah
Pendang
06700