Hospital Pendang

Hospital Pendang

Share

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Di bawah naungan payung mahkota negara,

Merafak sembah menjunjung kasih serta setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Hospital Pendang.

Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati pemerintahan Tuanku, mengurniakan keafiatan yang berkekalan serta memayungi negara dengan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Daulat Tuanku.
Lambang Kedaulatan Negara, Payung Kesejahteraan Rakyat.

Portal Rasmi : https://jknkedah.moh.gov.my/hpendang/

Photos from Hospital Pendang's post 20/05/2026

PROGRAM JALINAN KASIH YAPEIM : BICARA ILMU “HIDUP BERKAT, HATI TENANG”

📆17 Mei 2026 | Ahad
🕰9.00 pagi – 11.00 pagi

Telah berlangsung Program Jalinan Kasih YAPEIM : Bicara Ilmu “Hidup Berkat, Hati Tenang” hasil kerjasama Hospital Pendang bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Program dimulakan dengan sesi perbincangan penyerahan surat sumbangan sebuah mesin dialisis daripada pihak YAPEIM kepada Hospital Pendang sebagai simbolik persetujuan penyerahan sumbangan tersebut yang telah disempurnakan oleh Dr. Nurulsyuhadah binti Mohd Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) I Hospital Pendang.

Turut hadir mewakili pihak YAPEIM ialah Encik Mohd Nazir bin Ibrahim, Pengurus Sumber Dana YAPEIM Kedah/Perlis serta Encik Izaidy bin Hanafi, Ketua Sektor Pemasaran & Produk Ar-Rahnu YAPEIM bersama beberapa pegawai dan kakitangan YAPEIM Kedah/Perlis.

Majlis diteruskan dengan sesi Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Encik Mohd Nazir bin Ibrahim yang membawakan pengisian berkaitan nilai keberkatan dalam kehidupan dan ketenangan hati dalam menjalani tugas serta kehidupan seharian.

Pihak Hospital Pendang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAPEIM atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan demi manfaat pesakit dan perkhidmatan kesihatan.

Semoga jalinan kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kampung Banggol Pauh, Mukim Air Putih
Pendang
06700