De Chef Table
Beberapa hari lepas. Saya hidang mee goreng untuk mak ayah.
Mak rasa sesuap.
"Sedap, Zah. Secukup rasa."
Giliran ayah p**a makan. Habis sepinggan ayah bersuara,
"Sedap betul mee Zah. Boleh buka warung depan rumah ni. Hantar Asma' pergi sekolah, lepas tu start masak. Fuh!"
Ada sekali tu saya hidang ayam masak merah. Mak kata sedap.
Nak tahu ayah komen apa?
"Sedapnya. Macam ni gaya boleh jual dah. Cukup rasa. Eh serius ni. Jual lah. Ayah boleh jadi runner. Oven kat dapur muat berapa ekor ayam? Kalau jadi bisnes kita tukar oven besar."
Pecah ketawa tukang masak dengar. Padahal ayam masak merah tak guna oven pun 😂
Terhibur sungguh. Hilang sakit pinggang berdiri lama di dapur. Walhal saya tahu masakan saya sangat sederhana. Namun terasa dihargai sebaiknya.
Alhamdulillah.
Hakikatnya, itulah pemandangan di meja makan sejak kecil. Ayah akan puji apa jua air tangan mak. Di hadapan kami.
"Alhamdulillah. This is the best dinner for today!"
Ayat legend ayah. Riuh kami gelak ketawa di meja. Sebab dinner memang sekali sehari kan 😂
Bila kami dah besar ayah puji masakan anak dan menantu. Jarang ayah komen sepatah. Mesti ada extra feedback yang selalu buat kami ketawa terhibur.
Dan mak p**a akan berterima kasih untuk setiap masakan yang terhidang. Sedangkan apalah sangat nak dibandingkan dengan air tangan mak sepanjang membesarkan kami.
Ini bukan post bercerita kesedapan masakan sendiri. Tidak sama sekali.
Namun melalui mak ayah,
Kami belajar betapa mudahnya menggembirakan orang dengan kata-kata yang baik.
Perkataan yang baik akan pergi jauh. Meresap masuk ke dalam hati pendengar. Lantas memberatkan neraca amal soleh kita.
Insya-Allah.
Perkataan yang buruk juga akan pergi jauh.
Menykitkan hati pendengar. Lalu menjadi pemberat dsa. Melambatkan urusan kita memasuki syurga.
Nauzubillah.
Maka, selagi bernyawa, hati-hati memilih perkataan kita. Moga setiap patah kata menjadi penyelamat di akhirat sana. Di saat mulut ini tidak lagi boleh bersuara mempertahankan kita.
Terima kasih ayah.
Terima kasih mak.
Terima kasih ibu ayah semua.
Syurgalah buat kalian yang mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik. Moga Allah izinkan kita semua berkumpul di sebaik-baik tempat di Syurga.
Yang padanya 'mereka tak akan mendengar percakapan yang sia-sia dan yang menimbulkan dosa'. (Al-Waqiah:25)
Aamiin ya Mujib.
Copy and paste
Anak yang menyerap pelbagai kisah,
'Azizah Mohamed.
23/08/2023
Pasta@Evoke telah mula beroperasi 6ptg hingga 12 malam
JIKA GAJI RM1500 BOLEHKAH HIDUP?
Jika ini kadar gaji minimum graduan luar bandar, bolehkah hidup?
1. Makan sarapan, tenghari, malam. Tanpa minum petang.
RM5 sarapan
RM10 makan tengahari
RM10 makan malam.
RM25 x 30= RM750
2. Bayar Motor + minyak = RM250.
3. Hutang PTPTN = RM150
4. Bil hp dan internet = RM100
5. Sewa bilik = RM250
Jumlah semua RM1500 cukup cukup. Alhamdulillah boleh hidup.
Tak ada Simpanan dan Perlindungan.
Jika tetiba kena buang kerja.
Sumbangan ibubapa tiada,
Sakit, kemalangan, cacat.
Maka itu sahaja yang dapat.
Maka graduan ini terpaksa cari kerja tambahan. Kerja 8 jam dipejabat, tambah lagi 4 jam kerja sampai malam.
Kualiti hidup, bersosial, mental health, rehat, perbaiki skill hidup langsung tiada.
Kita mula kata mereka graduan lemah, tidak bertenaga, tiada kemahiran baru, lemah mental.
Siapa yang bertanggujawab akhirnya?
Copy and paste
Azizul Azli Ahmad
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pasta@EVOKE, EVOKE Foodcourt, PERDA, PERMATANG PAUH
Penang
13700
Opening Hours
| Monday | 17:00 - 01:00 |
| Tuesday | 17:00 - 01:00 |
| Wednesday | 17:00 - 01:00 |
| Thursday | 17:00 - 01:00 |
| Friday | 17:00 - 01:00 |
| Saturday | 17:00 - 01:00 |