MPP USM
10/05/2026
Kuala Lumpur, 7 Mei - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menamatkan program Jelajah Parlimen yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Mei lalu. Program berimpak tinggi ini melibatkan seramai 30 orang wakil pelajar yang mengadakan siri lawatan penanda aras ke tiga universiti awam terkemuka.
Sepanjang jelajah tersebut, delegasi USM telah mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam tadbir urus organisasi dan perlembagaan bersama kepimpinan pelajar di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Langkah ini bertujuan memperkukuh struktur kepimpinan mahasiswa agar lebih progresif dan inklusif. Pertemuan tersebut memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta mengenai sistem parlimen mahasiswa dan tadbir urus di setiap universiti.
Menurut Pengarah Projek, Mohamad Abbas Isrun, program ini bukan sekadar lawatan biasa, malah ia merupakan pemangkin kepada transformasi sistem organisasi pelajar yang selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya dalam memantapkan institusi yang telus dan berintegriti.
Kejayaan penganjuran ini turut mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM, dengan kehadiran Pengerusi Penggawa, Dr Abdul Rais Abdul Latiff, selaku pegawai pengiring sepanjang program berlangsung.
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare • Empowerment • Advancement • Development
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
MPP USM, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar USM, Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa, BHEPA USM
Penang
11800