MathPro Guide

MathPro Guide

Share

05/12/2025

Soalan Insurans (Level Intermediate)

Nabila kehilangan barang-barang dalam bagasinya yang bernilai RM2,500. Polisi insurans syarikat penerbangan M menetapkan bahawa:

Hanya 80% daripada nilai barang yang hilang akan dibayar, ATAU maksimum RM1,000 dan selepas itu akan dikenakan deductible sebanyak RM100.

Berapakah jumlah pampasan yang akan diterima Nabila?

Jawapan di ruangan komen 👇

04/12/2025

Soalan Kebarangkalian
(Level Beginner)

Jika Kak Benelli mengambil satu huruf secara rawak dari perkataan B.R.O.T.H.E.R. di dalam sebuah helmet, apakah kebarangkalian terpilih huruf B?

Penyelesaian

1. Nyatakan bilangan keseluruhan kemungkinan (saiz ruang sampel). Perkataan BROTHER mempunyai 7 huruf (B, R, O, T, H, E, R) — jadi bilangan huruf = 7.

2. Nyatakan bilangan kejadian yang dikehendaki (favourable). Hanya ada 1 huruf B dalam perkataan itu.

3. Kebarangkalian = (bilangan kejadian dikehendaki) ÷ (bilangan kemungkinan keseluruhan) = 1 ÷ 7.

Jawapan

Kebarangkalian mendapat huruf B ialah 1/7 ≈ 0.1429 atau 14.29%. Jawapan terbaik tinggalkan sahaja jawapan dalam bentuk pecahan kerana nilainya lebih tepat, lebih senang dan bersesuaian dengan skema pemarkahan SPM.

19/10/2025

Honoka Nishikawa dari Ikeda Senior High School cadangkan cara kaji kesihatan terumbu karang guna bateri.

Dia rasa risau dengan pencemaran laut yang merosakkan terumbu karang. Tapi menurut pengkajiannya, tak berapa nak ada cara untuk menilai kesihatan terumbu karang.

Jadi dia kaji sama ada kadar pengeluaran dan kepekatan oksigen terumbu boleh diukur untuk menentukan kesihatan terumbu.

Dalam pengalaman menilai pameran sains dan inovasi, poster yang dihasilkan tampak kemas dan jelas. Metod eksperimen, dapatan, dan rumusan mudah difahami dan diikuti. Yang penting juga adalah cadangan untuk kajian lanjutan, apa yang boleh diperbaiki dan ditambah baik.

----------------------

Ini antara beberapa hasil kajian pelajar - pelajar dalam Science Castle Asia 2025 untuk menggalakkan semangat saintifik generasi baru.

Program di bawah tajaan Ajinomoto Malaysia

12/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Penaga?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Penaga