UIP UMPSA
31/12/2025
Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan wadah penting dalam pembinaan ilmu, nilai dan kepimpinan masa hadapan negara. Sehubungan itu, tadbir urus universiti yang berintegriti bukan sahaja kritikal bagi menjamin kelangsungan institusi, malah berperanan besar dalam membentuk budaya akademik yang beretika, telus dan bertanggungjawab.
Berita Penuh: https://news.umpsa.edu.my/experts/memaknai-integriti-dalam-tadbir-urus-universiti
23/12/2025
Perisytiharan harta merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap pekerja terutamanya di dalam sektor awam. Ia merupakan satu proses di mana pegawai kerajaan, pegawai swasta dan pegawai badan berkanun membuat perisytiharan bagi harta-harta yang mereka miliki sama ada harta alih dan harta tidak alih.
Kewajipan mengisytihar harta telah dinyatakan di dalam Peraturan 9 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) yang mana peraturan tersebut mewajibkan untuk setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan sesuatu badan berkanun atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga (badan berkanun itu sendiri) mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatannya, segala harta yang dipunyai olehnya atau oleh isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/experts/kepentingan-perisytiharan-harta
23/12/2025
Gangguan seksual di tempat kerja merupakan satu bentuk salah laku serius yang menjejaskan maruah, kesejahteraan, dan produktiviti seseorang pekerja. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang, malah bertentangan dengan nilai integriti dan etika profesional yang seharusnya dijunjung di mana-mana organisasi.
Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. la merentasi jurang gender dan status.
Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/experts/gangguan-seksual-di-tempat-kerja-isu-integriti-dan-profesionalisme
16/12/2025
HEBAHAN PROGRAM SIRI TRANSFORMASI EKSEKUTIF PERDANA (STEP) BIL. 28/2025 – JAGA MULUT, JAGA DATA: AMANAH MAKLUMAT TERPERINGKAT BUKAN UNTUK SEMUA
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Unit Integriti & Pematuhan, Jabatan Canseleri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah akan menganjurkan Siri Transformasi Eksekutif Perdana (STEP) Bil. 28/2025 pada ketetapan seperti berikut:
Tajuk : Jaga Mulut, Jaga Data: Amanah Maklumat Terperingkat Bukan Untuk Semua
Tarikh : 17 Disember 2025 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Penceramah : Encik Masfairuddin bin Masjidil, Ketua Unit, Unit Keselamatan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Pautan :
Microsoft Teams - https://tinyurl.com/AMANAH-MAKLUMAT-TERPERINGKAT
11/12/2025
🚨 𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐁𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑!🚨
Kes penipuan makin berleluasa dan semakin licik. Lindungi diri anda dan jangan mudah percaya dengan mesej atau panggilan yang meragukan.
📌 𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢:
• Jangan dedahkan OTP, TAC atau kata laluan.
• Elakkan klik pautan mencurigakan.
• Semak nombor & akaun penerima sebelum buat transaksi.
• Laporkan segera jika ada keraguan.
𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚.
08/12/2025
𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋
Kita semua berhak berada di kampus yang selamat, dihormati dan bebas daripada gangguan.
Gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk — visual, lisan, fizikal, psikologi dan isyarat.
Jika tingkah laku seseorang membuatkan anda tidak selesa, terhina atau terancam, itu adalah gangguan.
📌 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐦. 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐤𝐚𝐧.
Saluran Aduan:
Unit Integriti dan Pematuhan UMPSA
(Identiti pelapor adalah dirahsiakan dan dilindungi mengikut prosedur universiti.)
Mari bersama membina kampus yang lebih selamat, berintegriti dan saling menghormati.
27/11/2025
𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 “𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈, 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐈” 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐔𝐌𝐏𝐒𝐀)
Melalui program ini, para peserta diberikan pendedahan kepada cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi dalam memastikan organisasi terus berada di landasan yang betul ke arah mencapai kecemerlangan yang sebenar serta kesediaan warga universiti di semua peringkat memahami aspirasi serta halatuju organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Ceramah disampaikan oleh Encik Zukernain Wook, Perunding Utama I-Excel Consulting
26/11/2025
05/11/2025
𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Selamat Menyambut Hari Integriti Nasional
31/10/2025
𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢
Unit Integriti dan Pematuhan ingin mengingatkan semua warga UMPSA supaya membuat aduan secara niat baik (bona fide) — iaitu berasaskan maklumat yang benar, jujur dan bertujuan memperbetulkan keadaan.
🚫 Elakkan aduan berunsur niat tidak baik (mala fide). Aduan yang dibuat dengan tujuan tidak jujur boleh membawa kepada tindakan tatatertib atau undang-undang terhadap pengadu.
Mari kita bersama-sama menyemai budaya integriti dan akauntabiliti di tempat kerja.
Untuk menyalurkan sebarang aduan rasmi, gunakan saluran yang betul melalui Unit Integriti dan Pematuhan.
28/10/2025
𝐋𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐨𝐜𝐨𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧/ 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢
Membocorkan dokumen, maklumat terperingkat dan rahsia universiti kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 3, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
Semua warga universiti adalah diingatkan untuk sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat rasmi universiti dan tidak menyebarkannya melalui mana-mana platform media sosial atau saluran komunikasi yang tidak dibenarkan.
24/10/2025
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧
Setiap warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga kerahsiaan maklumat rasmi universiti.
Warga UMPSA tidak dibenarkan mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat atau Rahsia Rasmi kepada mana-mana pihak yang tidak berhak memperolehinya, sama ada melalui perbualan, e-mel, media sosial atau sebarang bentuk komunikasi lain.
Selain itu, semua maklumat dan dokumen terperingkat hendaklah disimpan dengan selamat di tempat yang sepatutnya mengikut tatacara yang betul.
Kegagalan memelihara kerahsiaan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Unit Integriti Dan Pematuhan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Pekan
26600
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |