PPD PEKAN

PPD PEKAN

Share

25/05/2026

🎓 MASIH MENCARI PELUANG KE IPTA?
Jangan lepaskan peluang kedua anda! ✨

📌 Kaunter Konsultasi Permohonan Rayuan UPUOnline®️ UMPSA kini dibuka khas untuk lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027.

💬 Dapatkan:
✔️ Khidmat nasihat permohonan rayuan
✔️ Semakan kelayakan program
✔️ Bantuan berkaitan UPUOnline®️
✔️ Panduan kemasukan ke UMPSA

📅 Tarikh Kaunter:
22, 25, 26 & 29 Mei 2026
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang

📍 Pusat Pemasaran dan Kemasukan,
UMPSA Kampus Pekan dan Kampus Gambang

📢 Tarikh Permohonan Rayuan UPUOnline®️:
22 Mei – 31 Mei 2026

📱 Ikuti LIVE TikTok: studyatumpsa
☎️ Sebarang pertanyaan: 09-431 5060

✨ Imbas QR WhatsApp untuk konsultasi lebih mudah!

15/05/2026

PN. SHARINA BT. GHAZALI, GKMP Sains & Matematik SMK Pekan ditempatkan sebagai GPK Pentadbiran SMK Seri Pekan, berkuat kuasa pada 18.05.2026.

Photos from PPD PEKAN's post 11/05/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PASUKAN ROBOTIK DAERAH PEKAN!

Pejabat Pendidikan Daerah Pekan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua sekolah dari daerah Pekan yang telah berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang apabila tersenarai dalam TOP 5 Negeri Pahang dalam beberapa kategori pertandingan robotik.

Bagi Kategori Reka EduKit, Sekolah Kebangsaan Temai menerusi pasukan TEMPEST telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik negeri dan seterusnya akan mewakili Pahang ke peringkat seterusnya.

Bagi Kategori Mikrobotik Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara melalui pasukan ROBOSIMPSSCORE turut berjaya tersenarai dalam TOP 5 Negeri Pahang dan akan membawa cabaran negeri ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, bagi Kategori Mikrobotik Sekolah Menengah, lima pasukan dari daerah Pekan turut mencipta kejayaan membanggakan, iaitu:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad – Pasukan MECHASASS
Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi – Pasukan SEMENSI TRACER
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak – Pasukan STARBOT
Sekolah Kebangsaan Bandar 2 – Pasukan SUPER DASH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad – Pasukan ZOTEX

Sementara itu bagi kategori Airobot, SMK Nenasi berjaya menempatkan 2 pasukan untuk mara ke pusingan berikutnya.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid daerah Pekan memiliki bakat, kreativiti dan semangat inovasi yang tinggi dalam bidang robotik dan teknologi. Pencapaian ini juga merupakan hasil dedikasi guru pembimbing, sokongan pentadbir sekolah serta kerjasama erat ibu bapa.

Daerah Pekan terus melakar kecemerlangan sebagai Peneraju Pendidikan Digital dan STEM.

Terus Berinovasi, Terus Cemerlang!

Syabas dan selamat maju jaya kepada semua pasukan robotik daerah Pekan yang terus mengharumkan nama daerah, negeri dan negara.

Want your school to be the top-listed School/college in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


BANDAR BAHARU PERAMU
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00