Faez Amierul
28/05/2025
“Bos, kanopi tak cukup minggu ni.”
Tengah sibuk siapkan persiapan event, staff operation datang bagi info.
Saya tanya balik,
“Berapa tak cukup?”
“Dalam 3 set lagi, bos.”
Tak tunggu lama, terus call supplier:
“Bang, ada ready stock kanopi arabian 20x20?”
“Ada, bos. Nak bila?”
“Sekarang.”
Terus ajak staff:
“Jom, kita pergi ambik. Minggu ni nak guna terus.”
Alhamdulillah, selesai urusan hari ni. Esok boleh terus cabut & pasang untuk event seterusnya.
Begitulah kerja bila ada venue sendiri ni.
Kadang-kadang, untung tak banyak mana… tapi kalau ada sikit lebih, kita guna untuk cukupkan apa yang tak cukup.
Maintenance kena jaga. Aset pun kena tambah sikit-sikit. Sebab kalau kita tak top-up apa yang kurang, nanti yang terima kesan — klien & tetamu juga.
Pelan-pelan, kami terus perbaiki & tambah dari semasa ke semasa. Demi servis yang makin baik, insyaAllah.
26/05/2025
Tak semua hari indah. Tapi semua hari kena hadap.
Halaman diuji lagi. Angin kuat jumaat malam sabtu baru ni, buat semua persiapan untuk majlis esoknya habis berterbangan. Kanopi, meja, backdrop — semua kena angin.
Nak down pun kejap2 je, pagi-pagi esok tu terus turun padang, sama-sama team halaman, reset semua dari awal. Dalam hari yang sama juga, speaker p**ak buat hal. Terpaksa baiki terus, call kedai maintennance, booking slot untuk repair sampai siap. sebab kami memang taknak kompromi bab sound — tetamu datang, kami nak bagi pengalaman yang elok.
Ini antara cabaran bila ada event space sendiri. Bukan setakat sediakan tempat, tapi jaga supaya tempat tu sentiasa ready, sentiasa selesa. Kadang-kadang kos baik pulih ni bukan sikit, tapi itulah harga nak bagi servis yang baik.
Halaman bukan tempat sempurna, tapi setiap hari kami cuba perbaiki, upgrade, dan kekalkan standard yang kami banggakan.
Thanks pada yang sentiasa support dan faham — especially bila benda tak dijangka jadi.
Semoga kami kuat semangat dan kuat fizikal sekali.
Tapi, alhamdulillah, tak seteruk yang dulu, kanopi lepas ke tanah sebelah terus.
BosKateringPekan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Pekan
26600