RunnerBuku
17/08/2021
Tahukah anda...
VIDEO adalah antara medium paling berkesan untuk menyampaikan maklumat, mempromosikan produk dan terbukti berupaya 'memikat' prospek.
Apatah lagi sekiranya VIDEO yang dihasilkan itu disempurnakan dengan sentuhan profesional.
Nak tahu tip untuk hasilkan sendiri VIDEO seperti seorang pro...?
Jom sertai kami di Webinar Penerbitan Buku : How Do I Create Videos To Promote My Book? pada ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Ogos 2021 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Platform : Webex Meeting
https://utem.webex.com/utem/j.php?MTID=m3ab96884cb40081128f4f2ac5514328d
02/06/2021
TERBITAN 2021
Judul : Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2
ISBN : 9789672459187
Penerbit : Iman Publication
Penulis : Teme Abdullah
Muka Surat : 339
****
Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh.
Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.
Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya p**a bertambah parah.
Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.
"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."
Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri
02/06/2021
TERBITAN 2021
Judul : Kapal Terakhir Di Dunia Episod 1
ISBN : 9789672459170
Penerbit : Iman Publication
Penulis : Teme Abdullah
Muka Surat : 338
***
Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya.
Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.
Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya p**a didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.
Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya.
"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."
14/04/2021
Hebahan promosi menarik Kinokuniya.
Books Kinokuniya Webstore Malaysia: Books, Stationery, Gifts, Toys and more Malaysia largest bookstore offering books, magazines, music, CD, Manga and much more
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tanjung Minyak Perdana
Paya Rumput