Surau Tengku Abdul Rashid
20/04/2022
[JEMPUTAN PROGRAM]
🕌 MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA SAHABAT SURAU PFi2 🕌
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sahabat Surau PFi2 mengadakan berbuka puasa dan seterusnya ingin menjemput para pelajar untuk hadir bersama. Ketetapan program adalah seperti berikut:
📆Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
🕰️Masa : 7.00 - 10.00 malam
📌Tempat : Kafe & Surau PFi2
🔖Yuran : RM2.00
❗❗ Penyertaan terhad hanya kepada 150 orang terawal ❗❗
Pautan link pendaftaran:
https://forms.gle/JXRUhH1FWkwCQ7eRA
Untuk makluman lanjut boleh hubungi nombor ini
Saudara Ali :013-808 7369
Saudari Alwani :019-619 7618
==============================
Sahabat Surau Pfi2
Sesi 2022/2023
24/09/2021
[ Sampaikan Kebaikan]
"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku, walaupun sepotong ayat."
(HR. Bukhari no. 3461)
Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja yang diketahui daripada Baginda s.a.w. kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta untuk berkongsi ilmu pengetahuannya dengan saudaranya yang lain. Meskipun hanya sepatah perkataan, namun seandainya mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan yang diterapkan dalam Islam, perasaan "nafsi-nafsi" atau sendiri-sendiri dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan bersama seluruh umat manusia.
Walaupun ada yang menentang dan tak menerima apa yang disampaikan, teruslah menyampaikan selagimana ia memberi kebaikan dan selebihnya serahkan pada Allah s.w.t yang merupakan pemilik segala sesuatu.
17/09/2021
[Sedekah]
Islam telah menggalakkan umatnya untuk bersedekah dan berwakaf dengan menginfakkan sebahagian hartanya. Maka lahirlah ramai yang berhati mulia dan pemurah telah menginfakkan sebahagian hartanya pada jalan Allah. Dalam Al-Quran, banyak dalil tentang sedekah yang boleh kita jadikan pengajaran. Antaranya adalah:
Firman Allah SWT:
"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 265)
Sementara hadith p**a, antaranya:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. [Riwayat Muslim (2699)]
Justeru, marilah kita Bersama-sama berusaha untuk memperbanyakkan sedekah. Semoga segala amal baik kita akan menjadi asbab kita mendapat redha Allah subhanahu wata’ala.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3560-bayan-linnas-siri-ke-194-konsep-sedekah-jariah-menjana-kesatuan-ummah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
KOLEJ KEDIAMAN TUANKU TENGKU FAUZIAH (PFI2), UniMAP, Arau
Pauh
02600