MAYC PASIR MAS

MAYC PASIR MAS

Share

Photos from MAYC PASIR MAS's post 02/05/2026

MAYC Pasir Mas dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengumumkan bahawa kami telah tersenarai sebagai Top 5 Finalist Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar yang mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memperkasa belia serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan komuniti. Untuk makluman, ini merupakan pencalonan pertama bagi MAYC Pasir Mas sejak penubuhan kami pada tahun 2023, menjadikan pencapaian ini amat bermakna dan bersejarah buat seluruh organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan kami zahirkan kepada barisan panel penilai atas kepercayaan dan pengiktirafan dengan menempatkan kami dalam kalangan lima terbaik di negeri Kelantan. Sekalung terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas sokongan, bimbingan dan peluang yang berterusan.

Penghargaan khas turut kami tujukan kepada PBSD PASIR MAS (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas), Majlis Daerah Pasir Mas, Aadk Pasir Mas Koperasi Malaysia Pasir Mas , Kelab Belia Pak Hussin Kbkbph dan semua yang sentiasa komited membantu, memudahcara serta menjadi rakan strategik utama dalam setiap gerak kerja dan inisiatif kami.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga MAYC Pasir Mas yang menjadi tulang belakang kekuatan organisasi ini. Tanpa dedikasi, semangat dan pengorbanan semua pihak, pencapaian ini tidak mungkin direalisasikan.

Apa jua keputusan yang bakal diumumkan, kami akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah lebih jauh, memperkukuh peranan serta mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

MAYC Pasir Mas akan terus komited sebagai platform pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berwawasan.

Photos from Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan's post 01/05/2026
Photos from MAYC PASIR MAS's post 14/01/2026

13 Januari 2026

Alhamdulillah, MAYC Pasir Mas dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas telah berjaya melaksanakan Program Gotong-Royong Perdana bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan Plaza Serakai Mas.

Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif berterusan dalam usaha memulihkan imej, mencantikkan persekitaran serta mengembalikan kegemilangan Plaza Serakai Mas seperti suatu ketika dahulu, sekali gus menjadikannya kembali sebagai ruang awam yang bersih, selesa dan mesra komuniti.

Selain aspek kebersihan dan keceriaan, program ini turut berperanan sebagai platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia serta masyarakat setempat, di samping mempererat hubungan strategik antara pertubuhan belia dan pihak berkuasa tempatan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Pasir Mas atas kepercayaan dan kesudian menjemput MAYC Pasir Mas untuk bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama berimpak tinggi seperti ini dapat diteruskan secara konsisten demi menyokong agenda pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat Pasir Mas secara menyeluruh.

Photos from MAYC PASIR MAS's post 17/12/2025

CONGRATULATIONS & HIGHEST COMMENDATION

The Malaysian Youth Clubs Association (MAYC) Pasir Mas extends its highest congratulations to:

The Honourable Dr. Mohammed Taufiq Johari
on his appointment as Minister of Youth and Sports of Malaysia

and

The Honourable Mordi Bimol
on his appointment as Deputy Minister of Youth and Sports of Malaysia.

These appointments are firmly believed to represent a great trust and significant responsibility in leading the nation’s youth and sports development agenda. It is highly anticipated that the leadership of both Honourable Ministers will continue to empower youth potential, ensuring that Malaysian youth remain relevant, progressive, and competitive not only at the national level but also on the international stage.

The entire leadership of MAYC Pasir Mas and members expresses its full support and offers sincere prayers that both Honourable Ministers will be continuously granted ease and strength in carrying out their duties with integrity, wisdom, and unwavering commitment.

MAYC Pasir Mas remains committed to serving as a strategic partner to the Ministry of Youth and Sports in supporting inclusive youth development initiatives, embracing the aspirations of youth from diverse backgrounds, and nurturing a generation of knowledgeable, morally upright, resilient youth who are capable of becoming the future leaders of the nation.

May this leadership serve as a catalyst for a renewed momentum in strengthening the nation’s youth and sports ecosystem, towards a more sustainable and prosperous Malaysia 🇲🇾

Sincerely,
Management & Committee Members
Malaysian Youth Clubs Association (MAYC)
Pasir Mas.
___________________________________________

TAHNIAH & UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari
atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

serta

Yang Berhormat Mordi Bimol
atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pelantikan ini diyakini merupakan satu amanah besar yang sarat dengan tanggungjawab dalam menerajui agenda pembangunan belia dan sukan negara. Kepimpinan YB berdua amat diharapkan dapat terus memperkasa potensi belia agar kekal relevan, progresif dan berdaya saing, bukan sahaja di peringkat nasional malah di persada antarabangsa.

Seluruh barisan Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa MAYC Pasir Mas, serta ahli-ahli MAYC Pasir Mas menzahirkan sokongan penuh serta mendoakan agar YB berdua sentiasa dipermudahkan urusan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan iltizam yang tinggi.

MAYC Pasir Mas komited untuk terus berperanan sebagai rakan strategik kepada Kementerian Belia dan Sukan dalam mendukung agenda pembangunan belia yang inklusif, menyantuni aspirasi belia pelbagai latar belakang serta melahirkan generasi belia yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya tahan dan berupaya menjadi pemimpin masa hadapan negara.

Semoga kepimpinan ini menjadi pemangkin kepada nafas baharu dalam memperkukuh ekosistem belia dan sukan negara demi kesejahteraan Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Barisan Pengurusan & Jawatankuasa
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pasir Mas.

24/11/2025

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kepada semua adik-adik yang kini berdiri di ambang salah satu detik paling penting dalam hidup. Inilah hari yang anda tunggu, hari yang pernah anda bayangkan semasa penat menyalin nota, ketika mata mengantuk tetapi hati tetap memaksa terus belajar. Setiap titis peluh, setiap rasa lelah, setiap pengorbanan kecil dan besar, semuanya membawa anda ke saat ini. Masuklah ke dewan peperiksaan dengan kepala tegak, kerana anda sedang melangkah sebagai pejuang ilmu yang tidak pernah berputus asa.

Tetapi ingat, SPM hanyalah permulaan, bukan penamat. Ini hanyalah langkah pertama dalam perjalanan yang lebih besar, perjalanan untuk menjadi insan dewasa yang matang, bijak membuat keputusan dan berani menghadapi realiti kehidupan. Selepas SPM, dunia akan membuka pintunya. Akan ada pilihan yang sukar, cabaran yang tidak dijangka, dan peluang yang tidak terduga. Namun, selagi adik-adik percaya pada diri sendiri dan tidak takut untuk melangkah, tiada apa yang mampu menghentikan perjalanan anda menuju masa depan yang lebih cerah.

Jadi, ketika anda duduk di meja peperiksaan nanti, tarik nafas dalam-dalam dan ingat semua yang telah anda lalui. Anda bukan datang kosong, anda datang dengan ilmu, usaha, doa dan harapan orang yang menyayangi anda. Pegang semangat itu erat-erat. Jadikan ia kekuatan. Anda mampu. Anda layak. Anda cukup hebat untuk menakluk apa sahaja yang menanti. Teruskan melangkah dengan jiwa yang berani, hati yang teguh dan semangat yang menyala kerana inilah permulaan cerita kejayaan anda. Semoga anda semua diberi kelancaran, ketenangan, dan kemenangan. Anda BOLEH! Selamat berjuang untuk semua calon-calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Tahun 2025.

Photos from MAYC PASIR MAS's post 20/11/2025

Alhamdulillah, satu penghormatan buat kami kerana telah menerima kunjungan rasmi daripada KBSMalaysia (Kementerian Belia & Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBS Negeri Kelantan), serta Jabatan Pertanian Pasir Mas. Lawatan ini memberikan ruang yang amat berharga untuk kami berkongsi secara menyeluruh tentang inisiatif terkini di bawah Projek Agrobelia Lestari ‘Penternakan Kelulut’, yang bertujuan memacu pembangunan ekonomi belia secara lestari, inovatif dan berimpak tinggi.

Sepanjang sesi lawatan, kami berpeluang menerangkan matlamat projek, strategi pelaksanaan, serta manfaat langsung yang dijangka kepada masyarakat setempat. Kami juga diberi kepercayaan untuk membentangkan timeline projek secara lengkap, termasuk fasa perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian, bagi memberi gambaran menyeluruh tentang perjalanan projek dari awal hingga impaknya dapat dirasai.

Kami amat menghargai sokongan padu daripada pihak kementerian dan jabatan berkenaan, yang bukan sahaja mengiktiraf usaha kami, tetapi juga membuka ruang untuk kolaborasi strategik pada masa hadapan. Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama, memacu pembangunan belia, serta memberi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda untuk terlibat aktif dalam pertanian moden, inovasi lestari dan projek-projek berimpak tinggi.

Dengan setiap langkah kecil ini, kami berharap Projek Agrobelia Lestari akan terus berkembang, membuka peluang pekerjaan, membentuk pemimpin belia yang berwawasan dan memacu ekonomi setempat dengan cara yang berdaya saing dan lestari. Semoga usaha kami ini menjadi contoh dan dorongan kepada semua generasi muda untuk terus berani berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan komuniti.

05/11/2025

KITA BINCANG PODCAST 🎙️

Daripada zaman sekolah lagi, kita dididik untuk belajar rajin-rajin supaya menjadi doktor, arkitek dan sebagainya. Jarang sekali kita dengar belajar rajin-rajin untuk menjadi petani — kerana kerjaya petani sering dianggap kurang berjaya.

Namun, sektor pertanian kini telah berubah. Penggunaan dron, pertanian pintar dan automasi telah menjadikan pertanian bukan lagi pekerjaan kolot.

Jom ikuti perbincangan santai tapi penuh inspirasi bersama Encik Asroy bin Azmi, peserta Agrobelia Lestari dalam topik:

“Agrobelia Lestari: Peluang Ekonomi Anak Muda”

📅 Rabu | 5 November 2025
🕣 8:30 malam
📍 LIVE di Facebook:
➡️ JBSNegara & KBSMalaysia

Ketahui bagaimana program Agrobelia Lestari membuka peluang ekonomi dan masa depan mampan untuk anak muda dalam bidang pertanian moden! 💪🌿

Kita Bincang Podcast, JBSN Komited! 💪🏼



Hannah Yeoh
Adam Adli
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda@

03/11/2025

Let’s tune in together to the podcast featuring the Chairman of MAYC Pasir Mas Roy Azmi where real stories, bold insights and inspiring visions come to life. Don’t miss it.

23/10/2025

Karnival Usahawan Kada x Genta Belia 2025

Berkesempatan memberi sedikit penerangan tentang Produk Madu Kelulut keluaran MAYC PASIR MAS kepada Ybrs. Hj Khalid Abdul Samad Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( KADA).

Terima Kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana sudi menjemput kami.

Malaysia Royal Trigona Honey adalah madu kelulut yang telah melalui proses hidrasi/Pengeringan dimana kadar Air telah mencapai Standard Malaysia iaitu dibawah 23%.

InsyaAllah sesiapa yang ingin mencari Madu Kelulut boleh hubungi team kami di link di bawah;

https://wa.me/+60177704723

"Bina Bersama. Menjana Ekonomi Belia"

16/10/2025

Looking for a natural health boost? Our trigona honey is the key. Join our live for more information.

iamme is LIVE | TikTok MADU TRIGONA MAYC. | Check out iamme LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from iamme.

Photos from MAYC PASIR MAS's post 11/10/2025

Alhamdulillah, the MAYC Pasir Mas Under-18 Doubles Pickleball District Championship 2025 was successfully held and ran smoothly from start to finish.

Our heartfelt appreciation goes to all the young athletes who took part in this tournament. Your energy, enthusiasm and true spirit of sportsmanship gave this event its soul. Each of you displayed remarkable talent, discipline and determination throughout every match.

We firmly believe that many of these young players have the potential to excel at higher levels, not just within the district but also at the state and national stages in the near future. In shaa Allah, MAYC Pasir Mas will continue to guide and support these promising athletes in developing their skills and talents, in line with the Ministry of Youth and Sports (KBS) 2026 mission to empower youth excellence through sports and community involvement.

To all participants, thank you once again for your passion and commitment. You are the heartbeat of Malaysia’s sporting future, keep training, keep believing, and never stop chasing your dreams. The journey has only just begun!

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Pasir Mas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Bandar Pasir Mas
Pasir Mas
17030