Keadilan Rantau Panjang
27/01/2026
18/01/2026
JUMAAT | 16/1/26 | BERSAMAAN 26 REJAB 1447H
Pengagihan beras di DUN Chetok telah berlangsung dengan jayanya bertempat di rumah En Abenomie Sumie Sumie Sarmizi, Penyelaras DUN Chetok dan disampaikan oleh Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang Nik Ghazali .
Program kebajikan ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab pimpinan terhadap rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar
Usaha kecil ini membawa mesej besar bahawa perjuangan kita bukan sekadar di pentas politik, tetapi turun terus ke lapangan, menyantuni rakyat dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat. Inilah pendekatan pimpinan yang bekerja, bukan hanya berbicara, pimpinan yang mendengar, bukan sekadar menjanjikan
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan khidmat bakti, kita akan terus komited memperjuangkan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang. Kerana bagi kita, politik bukan alat untuk berkuasa semata-mata, tetapi amanah untuk membela dan menjaga kesejahteraan rakyat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
NO. 7454, TINGKAT 2, TAMAN MEGAH LAGENDA, LATI
Pasir Mas
17000