ECO Global Property

ECO Global Property

Share

Apakah Perbezaan Antara Freehold, Leasehold Dan Lot Bumiputera? | PropertyGuru Malaysia 11/11/2021

TOPIK: 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐓𝐘

Hartanah Freehold, atau pegangan bebas, merupakan jenis yang paling digemari dan biasanya menjadi pertimbangan utama semasa membeli hartanah.

Sebab utama hartanah Freehold menjadi pilihan ramai termasuk anggapan bahawa hakmilik ke atas hartanah tersebut adalah berkekalan selamanya.

Pembeli mempunyai tanggapan yang perumahan jenis ini boleh dimiliki selama-lamanya dalam keluarga pembeli, dan boleh dipindahmilik daripada seseorang ke generasi seterusnya tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa kerajaan persekutuan atau negeri.

Pembeli perumahan Freehold juga bertanggapan bahawa pihak kerajaan mempunyai hak berhad ke atas hartanah mereka sekiranya mereka perlu membina jalan raya atau pembangunan persekutuan yang baru. Ideologi ini biasanya amat popular di kalangan generasi tua.

Walau bagaimanapun, tanggapan ini kurang tepat kerana pihak kerajaan masih berhak menuntut semula mana-mana tanah – sama ada ianya Freehold, Leasehold mahupun Lot Bumiputera.

Pihak kerajaan dibenarkan menuntut tanah tersebut untuk tujuan pembangunan milik kerajaan seperti jalan raya, sistem pengangkutan awam ataupun projek awam lain.

Ya, hartanah Freehold anda berkemungkingan dituntut semula oleh kerajaan untuk membina sebuah stesen LRT!

Pemilik hartanah biasanya dipaksa menjual perumahan mereka kepada pihak kerajaan mengikut harga pasaran tanpa diberi apa-apa pampasan – tidak kira sama ada pemilik tersebut dapat membeli semula hartanah yang serupa dalam lokasi yang sama atau tidak. Proses ini dikenali sebagai pengambilan paksa ataupun 'forced acquisition'.

Nilai pasaran hartanah tersebut akan ditentukan oleh seorang penilai profesional yang dilantik pihak kerajaan.

Walaupun pemilik hartanah tersebut melantik penilai sendiri untuk mendapatkan penilaian yang lebih tepat, pihak kerajaan masih akan mematuhi nilai yang ditetapkan oleh penilai yang dilantik oleh mereka sekiranya wujud sebarang percanggahan.

Walau bagaimanapun, hartanah Freehold tetap menjadi pilihan ramai dalam pasaran, dan memperoleh nilai yang lebih tinggi.

Hartanah jenis ini dipercayai dapat memperoleh nilai jualan semula, kenaikan nilai modal serta pulangan sewaan yang lebih tinggi.

~ Credits to PropertyGuru:

Apakah Perbezaan Antara Freehold, Leasehold Dan Lot Bumiputera? | PropertyGuru Malaysia 3 jenis hakmilik tanah utama adalah Pegangan Bebas (Freehold), Pegangan Pajakan (Leasehold), serta Rizab Bumiputera – juga dikenali sebagai Lot Bumiputera, Bumi Lot, atau Tanah Rizab Melayu.

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Pasir Gudang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 49, Jalan Pengkalan 2, Taman Pasir Emas, Kg Pasir Putih
Pasir Gudang
81700