Maktab Rendah Sains MARA Parit

Maktab Rendah Sains MARA Parit

Share

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 19/05/2026

RISE AND BUILD IGCSE 6A* 2026

🗓 29 April 2026 | Rabu
📍 Pusat Sumber Pembelajaran, MRSM Parit
⏰ 3:15 – 5:00 petang

Alhamdulillah, program Rise and Build IGCSE 6A 2026* telah berlangsung dengan jayanya. Program ini menampilkan perkongsian istimewa daripada alumni cemerlang IGCSE 2024 iaitu:

✨ Saudara Hassan Danish
✨ Saudara Muhammad Hariz
✨ Saudara Fahmi Akmal
✨ Saudari Wafaa’

Pelbagai perkongsian pengalaman, teknik belajar serta tips menghadapi peperiksaan telah dikongsikan kepada para pelajar yang bakal menduduki IGCSE 2026. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar terus berusaha mencapai keputusan cemerlang di samping membentuk persediaan mental, fizikal dan emosi dalam menghadapi cabaran peperiksaan.

Semoga segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pembakar semangat buat pejuang 6A* MRSM Parit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2025.

Anugerah ini adalah pengiktirafan atas komitmen tinggi, dedikasi serta sumbangan berterusan dalam memastikan kecemerlangan MRSM Parit.

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 05/05/2026

Majlis Apresiasi Kecemerlangan IGCSE & SPM 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 30 April yang lalu, bertempat di Dewan Iltizam, MRSM Parit.

Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa para pelajar dalam peperiksaan IGCSE dan SPM 2025, di samping meraikan kejayaan cemerlang prestasi subjek yang membanggakan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Parit.

Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam diri setiap pelajar untuk melangkah lebih jauh, mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama MRSM Parit pada masa hadapan

Want your school to be the top-listed School/college in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Parit-Tanjung Belanja
Parit
32800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00