BALAI POLIS PARIT

BALAI POLIS PARIT

Share

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Ketua Polis Perak mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada seluruh masyarakat di Malaysia khasnya warga PDRM Perak.

Photos from BALAI POLIS PARIT's post 30/04/2026

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN JENAYAH BULI DAN IMPLIKASI HUKUMAN SERTA PENGLIBATAN PELAJAR / MANGSA SCAMMER

Parit, 30 April 2026 (Khamis) , telah berlangsung satu program ceramah kesedaran jenayah bertempat di Dewan Maahad MTQ Addin 09, Chopin Kanan, Parit, Perak.

Program ini dianjurkan oleh pihak Maahad MTQ Addin 09 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan kesedaran pelajar terhadap jenayah buli serta ancaman jenayah scammer yang semakin membimbangkan.

Turut hadir En. Ahmad Bukharie bin Baharudin, Guru Besar Maahad MTQ Addin 09, Haji Baharudin bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Masjid Maahad Addin 09/Pengerusi JPS, En. Mohd Yunus bin Abdullah, Ketua Kampung Chopin Kanan, En. Muhammad Khairun Naim bin Rapei, Guru MTQ Addin 2 serta Sjn Kanmani a/p Muniandy, Penolong Ketua Polis Balai Parit bersama Kpl Mohd Zaimey bin Yusoff dan Kpl Wan Hafizie bin Wan Ismail.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai input berkaitan jenayah buli, implikasi undang-undang serta modus operandi jenayah penipuan (scammer) yang menyasarkan golongan pelajar.

Turut diadakan sesi penerangan berkaitan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi menggalakkan penyertaan pelajar dan warga sekolah dalam membantu PDRM menyalurkan maklumat berkaitan jenayah secara lebih pantas dan berkesan.

Program ini turut diselitkan dengan sesi soal jawab interaktif, sesi bergambar serta jamuan ringan bersama para peserta.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai matlamat yang disasarkan.

Photos from BALAI POLIS PARIT's post 29/04/2026

LAWATAN DAN PERJUMPAAN YA MAJISTRET SERTA TIMBALAN PENDAKWA RAYA MAHKAMAH PARIT KE BALAI POLIS PARIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balai Polis Parit, 29 April 2026 (Rabu) , telah berlangsung satu sesi lawatan dan perjumpaan rasmi melibatkan Yang Arif Majistret serta Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Parit di Bilik Mesyuarat Balai Polis Parit.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Yang Arif Puan Nurul Izalina binti Rajaai, Majistret Mahkamah Parit bersama Yang Arif Tuan Wan Ameerul bin Wan Zulfikri, Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Parit, serta pegawai-pegawai Mahkamah Parit. Turut hadir Ketua Polis Balai Parit, SM Noreffendy bin Mohd Noor bersama Penolong Ketua Polis Balai Parit, SJN Kanmani A/P Muniandy serta pegawai awam dan anggota Balai Polis Parit.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Polis Balai Parit, diikuti sesi perbincangan dua hala yang memberi fokus kepada penambahbaikan aspek pengurusan, keselamatan serta kerjasama strategik antara pihak polis dan Mahkamah.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengurusan penyerahan kunci bangunan Mahkamah Majistret Parit yang akan diselaraskan bermula 1 Mei 2026 dengan penggunaan buku daftar khas (POL 302), selain penyediaan jadual petugas Mahkamah bagi urusan keluar masuk kunci.

Selain itu, turut dibincangkan keperluan lawatan pemantauan berkala oleh pihak polis ke bangunan Mahkamah, bantuan kecemasan sekiranya diperlukan serta mekanisme rujukan kes kepada pihak Mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam sesi tersebut, pihak Mahkamah turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak serta mencadangkan agar pihak polis mengadakan program kesedaran bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati, jamuan ringan serta sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.

Secara keseluruhannya, lawatan dan perbincangan ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan pihak Mahkamah.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Parit