Sustainable Campus Office-SCO

Sustainable Campus Office-SCO

Share

KOREATECH students explore UTHM, UNESCO ecohydrology site on first international EduTrail 04/07/2026

KOREATECH students explore UTHM, UNESCO ecohydrology site on first international EduTrail By Yeoh Li Cheng PARIT RAJA, 30 June 2026 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) welcomed eight students from the Korea University of Technology and Education (KOREATECH), South Korea, as the

03/07/2026

Sempena sambutan Plastic Free July 2026, Pejabat Kampus Lestari (SCO) ingin mengajak seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk bersama-sama menyokong kempen "UTHM Bebas Plastik Sekali Guna" sebagai usaha memperkukuh budaya kelestarian di kampus.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kesan penggunaan plastik sekali guna serta menggalakkan warga universiti mengamalkan penggunaan alternatif yang boleh diguna semula (reusable) dalam aktiviti harian.

Sehubungan itu, warga UTHM disarankan untuk:

- Membawa botol air minuman atau tumbler sendiri;
- Membawa bekas makanan sendiri;
- Membawa beg beli-belah sendiri; dan
- Mengelakkan penggunaan plastik sekali guna apabila tidak diperlukan.

Komitmen setiap warga UTHM merupakan pemangkin penting dalam menyokong agenda kelestarian universiti serta menyumbang kepada usaha global mengurangkan pencemaran plastik. Bersama-sama kita menjadikan kelestarian sebagai budaya, bukan sekadar kempen.

Photos from Malaysia Research Institute  For Vocational Education & Training's post 24/06/2026
16/06/2026

JEMPUTAN KE PROGRAM PAGOH ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY: KOMUNITI PRIHATIN ALAM (PESKA) 2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas, kami amat berbesar hati untuk menjemput seluruh warga UTHM dan komuniti sekitar untuk menyertai program bertemakan kelestarian alam ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memupuk kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pameran pendidikan.

Butiran program adalah seperti yang berikut:

📆*Tarikh*: 22 Jun 2026
⏰ *Masa*: 8.00 Pagi - 2.00 Petang
📍 *Tempat* : Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor

Antara aktiviti yang dijalankan:

♻️ Kelestarian dan Keselamatan Jalan Raya
♻️ Kelestarian dalam Alam Sekitar
♻️ Kelestarian dalam Inovasi dan Penjanaan Ekonomi
♻️ Aktiviti Pengurusan Sisa bersama SWM

Sekian, terima kasih.

*Jawatankuasa Pelaksana*
_Program Environmental Sustainability: Komuniti Prihatin Alam (PESKA) 2026_
_Fakulti Teknologi Kejuruteraan_
_UTHM Cawangan Pagoh_

14/06/2026

"Abadikan Momen Terbaik Anda di Lokasi Menarik UTHM"

Jom sertai pertandingan fotografi anjuran Pejabat Kampus Lestari dan tunjukkan kreativiti anda merakam keindahan serta lokasi menarik di sekitar UTHM!

👥 Terbuka kepada:
✅ Semua Pelajar UTHM
✅ Semua Staf UTHM

📅 Tarikh Penyertaan:
10 – 20 Jun 2026

🏆 Pengumuman Pemenang:
22 Jun 2026

📌 Cara Penyertaan:
1️⃣ Ambil gambar di mana-mana lokasi menarik sekitar UTHM
2️⃣ Muat naik ke Facebook atau Instagram
3️⃣ Letakkan hashtag:

4️⃣ Pastikan akaun media sosial anda dalam mod Awam (Public)

🎁 Hadiah Wang Tunai Menanti Anda!
🥇 Top 5 Individu – RM50 setiap pemenang
👥 Top 5 Kumpulan (minimum 2 orang) – RM150 setiap kumpulan

🏅 Kriteria Pemilihan Pemenang:
✔️ Bilangan Like & Komen Terbanyak
✔️ Kreativiti dan Keunikan Foto
✔️ Keputusan Juri adalah Muktamad

📷 Rakam. Kongsi. Menang.
Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan sudut terbaik kampus UTHM sambil membawa pulang hadiah menarik!

Want your university to be the top-listed University in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Parit Raja
86400