Pejabat OSHE UTHM

Pejabat OSHE UTHM

Share

Photos from Pejabat OSHE UTHM's post 15/05/2026

𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗕𝗶𝗼𝗿𝗶𝘀𝗸 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 (𝗕𝗥𝗠) 𝗱𝗶 𝗨𝗧𝗛𝗠

PARIT RAJA, 13 MEI 2026 – Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) Universiti telah berjaya menganjurkan Kursus 𝘽𝙞𝙤𝙧𝙞𝙨𝙠 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 (BRM) pada 12 hingga 13 Mei 2026 bertempat di Bilik Latihan Sri Siantan, Pejabat Pendaftar, UTHM.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu Pn. Sridevi Devadas dari Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Zaharah binti Muhamad Fuzi serta Pn. Masayu binti Maslan yang merupakan 𝙍𝙚𝙜𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙚𝙙 𝘽𝙞𝙤𝙨𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙋𝙧𝙤𝙛𝙚𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡( RBP) Malaysia. Peserta kursus terdiri daripada Ahli Jawatankuasa IBC serta staf yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian bahan biologi di universiti.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan biorisiko di tempat kerja, khususnya dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melibatkan penggunaan bahan biologi dapat diurus secara sistematik, selamat dan mematuhi keperluan biokeselamatan serta biosekuriti.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek pengurusan biorisiko termasuk pengenalpastian bahaya biologi, penilaian risiko, langkah kawalan, penggunaan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE), pengurusan sisa, pengangkutan bahan biologi serta Good Practice Laboratory Work (GPLW) bagi meminimumkan risiko pendedahan kepada bahan biologi berbahaya.

Pada akhir kursus, peserta turut menjalani penilaian 𝘽𝙞𝙤𝙧𝙞𝙨𝙠 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 yang dikendalikan oleh MyOHUN melalui platform PutraMOOC Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi melayakkan peserta memperoleh 𝘾𝙚𝙧𝙩𝙞𝙛𝙞𝙘𝙖𝙩𝙚 𝙤𝙛 𝘼𝙘𝙝𝙞𝙚𝙫𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝘽𝙍𝙈.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh budaya kerja selamat dan meningkatkan tahap pematuhan terhadap keperluan biokeselamatan dan biosekuriti dalam kalangan warga UTHM.

“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "

01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026
"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"

Selamat hari pekerja kepada semua warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Ikhlas daripada Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

“ 𝙎𝙖𝙛𝙚𝙩𝙮 𝙞𝙨 𝙀𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚'𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 "

Want your organization to be the top-listed Government Service in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Occupational Safety, Health And Environment Office, Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30