TV Rumah Sihat
08/10/2025
Dah cek baru perasan penetapan tarikh dan waktu pada alat pemeriksaan kadar glukos dalam darah tak betul.
Tapi tak apa, itu tak pengaruh bacaannya cuma untuk rekod tarikh dan masanya perlu kemaskini.
Hari ini ambil ruang semak beberapa parameter asas keseimbangan Jasad sendiri, biasanya sentiasa sibuk semak klien sahaja.
Adalah satu amalam yang baik untuk semak parameter asas keseimbangan jasad ini secara berkala.
Alhamdullih, syukur pada Allah SWT, buat masa ini tiada tanda-tanda kelainan pada metabolisma diri ini.
Risau juga asyik nasihat klien, nanti diri sendiri tak terjaga. Alhamdulillah setakat ini masih terkawal usaha sebaik mungkin.
Kita urus kehidupan dan kesihatan kita, kita semak dan pantau, jika ada kelainan segera perbaiki Cara Hidup Seharian, Insha'Allah akan segera seimbang.
Jangan abaikan kehidupan dan kesihatan kita, ianya adalah amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik mumgkin.
Cara jaga kehidupan dan kesihatan adalah satu jalan sahaja, iaitu kembali pada Fitrah, iaitu Agama.
Agama bermula dengan usul bukannya furu'(cabang), bermulanya Usul agama itu adalah Fardhu Ain, Fardhu Ain bukan belajar untuk lulus periksa, tetapi kita belajar nak betulkan amal kehidupan kita dari sekecil-kecil urusan sehinggalah kepada sebesar-besar urusan.
Jadi Belajar Ilmu Fardhu Ain, tak akan tamat sampai bila-bila, ianya adalah pembelajaran sepanjang hayat.
Nota : Bacaan Pulse Pressure agak rendah kerana beberapa hari ini tidur agak lewat sedikit kerana tengah semak draf akhir Buku Sihat Secara Fitrah, dah nak hantar cetak...InshaAllah.
Jom esok, di bawakan khas buat seluruh masyarakat....
Pautan di ruangan komen...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Lot 2039, Rezab 8, Parit Jelutong
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Wednesday | 09:00 - 04:30 |
| Thursday | 09:00 - 04:30 |
| Friday | 02:30 - 04:30 |
| Saturday | 09:00 - 04:30 |
| Sunday | 09:00 - 16:30 |