SK Bukit Kuari
10/03/2026
Program : Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2026
Tarikh : 29/1/2026
Sekolah telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah dengan jayanya. Program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada murid-murid serta memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat.
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang! 🎉
28/01/2026
🏫 Lawatan PPS , Sarjan Mohd Fadhly Bin Anuar
📅 Tarikh : 14 Januari 2026
📌 Tempat : Smart Hall , SK Bukit Kuari
Lawatan pertama oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) baharu, iaitu Sarjan Mohd Fadhly bin Anuar, telah berlangsung dengan lancar.
Beliau telah menyampaikan sepatah dua kata kepada murid-murid agar sentiasa menjaga disiplin, mematuhi peraturan sekolah serta menjadi murid yang berakhlak dan bertanggungjawab.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan menjadi peringatan berterusan kepada murid-murid dalam membentuk sahsiah diri yang baik.
28/01/2026
🏫 Program : Hari Pertama Persekolahan
📅 Tarikh : 12 Januari 2026
📌 Tempat : Dewan Semarak , SK Bukit Kuari .
Pada 12 Januari yang lalu, hari pertama sesi persekolahan telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat. Murid-murid hadir ke sekolah dengan wajah ceria dan penuh keterujaan untuk memulakan langkah baharu dalam menimba ilmu.
Guru Besar, Encik Mohamad Nawawi bin Suib, telah menyampaikan kata-kata motivasi kepada murid-murid agar terus bersemangat belajar, berdisiplin serta berusaha mencapai kejayaan.
Turut hadir, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Encik Abdul Wafiy bin Abdul Razak, yang menyampaikan peringatan dan nasihat berkaitan isu buli, demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni.
Sebagai tanda penghargaan, 10 orang murid terawal hadir ke sekolah telah menerima hadiah, dan murid-murid lain juga turut menerima hadiah daripada para guru sebagai galakan dan suntikan semangat untuk hadir ke sekolah.
Semoga semangat ini berterusan sepanjang tahun.🎉
20/12/2025
Corat coret kenangan sambutan Hari Kanak-kanak dan Jamuan Akhir Tahun 2025 yang bertemakan karakter animasi.
Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan ibubapa serta semua warga sekolah untuk menceriakan anak-anak SKBK.
20/12/2025
Rakaman peristiwa sepanjang sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Parit Kuari Parit Raja
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |