Nasi Ketagih Parit Raja
Orang tanya, "selain berniaga Nasi Ketagih Parit Raja ni, kau buat apa lagi?"
Kami jawab, "tak ada, niaga ni je."
Muka tak percaya, "Ada cawangan lain ke? Takkan la satu tempat ni je. Cukup ke kewangan, dengan nak sara anak, dengan harga barang makin naik, ekonomi keluarga kena stabil tau."
Kami hanya senyum. Soalan yang sama sejak kami suami isteri mula berniaga.
Bermula awal tahun 2017 dulu, tawakal balik ke kampung, niaga pasar malam sana sini, kemudian buka khemah di tepi kolej pendidikan, berpindah ke taman yang baru nak membangun sehingga sekarang pesat bangun. Dari berniaga di bawah khemah, kini berniaga dalam 'kotak' kiosk, kami selalu percaya ; rezeki itu pasti ada meski ada yang membenci, meski ada yang dengki, meski ada yang menjauh, meski ada yang tak puas hati.
Rezeki atas dunia ni semuanya ada bahagian untuk kita, jangan khuatir apapun pekerjaan dan usaha kita lakukan untuk bahagiakan keluarga. Asalkan halal, yang sikit pasti jadi cukup.
24/01/2026
"Lalu kat tapak biasa Nasi Ketagih Parit Raja niaga macam dah berapa hari tak ada... Nasib baik lalu depan Taman U ni, eh, nampak banner. Tu yg terus singgah beli."
Harga, rasa masakan, lauk-pauk kami masih tetap sama tau... Walau berbeza lokasi, dulu buka khemah sekarang buka kiosk. 🫣
Terima kasih pelanggan lama, yang mencari kami dan rindu masakan kami. Yang baru nak mencuba makan nasi kuning kami, harap kena selera... Maaf salah silap kami sepanjang mencari rezeki.
22/01/2026
Hari ni Nasi Ketagih Parit Raja mula berniaga di kiosk tapi masih dalam Taman Universiti Parit Raja.
Untuk hari pertama hari ni, alhamdulillah... pelanggan baru dan pelanggan tetap masih setia membeli.
Walau berat hati nak berpindah ke kiosk, tapi demi mencari rezeki halal, kami tawakal setelah berusaha.
Doakan ya....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Parit Raja
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 16:00 |
| Saturday | 09:00 - 16:00 |
| Sunday | 09:00 - 16:00 |