Transform UTHM
20/04/2026
17 - 19 April 2026 | Kursus Kepimpinan Belia Madani Anjuran Pertubuhan Etika dan Kepimpinan Global (GEL) Negeri Johor dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM
GEL Negeri Johor dengan kerjasama TRANSFORM, UTHM telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Belia Madani Batu Pahat pada 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM.
Program ini diadakan untuk membangunkan potensi kepimpinan belia di Batu Pahat agar lebih berdaya saing, berintegriti dan berupaya menyumbang kepada pembangunan daerah serta negeri. Selain itu, untuk melahirkan belia yang proaktif dan berdaya tahan, mampu menghadapi cabaran sosial, ekonomi serta teknologi di peringkat tempatan.
Sekian.
20/04/2026
16 - 18 April 2026 | Bengkel Validasi Penyelidikan bagi Kajian Penglibatan Staf UTHM dalam Sukan dan Implikasi Terhadap Tadbir Urus UTHM
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM telah berjaya menganjurkan Bengkel Validasi Penyelidikan bagi Kajian Penglibatan Staf UTHM dalam Sukan dan Implikasi Terhadap Tadbir Urus UTHM (J094) pada 16 hingga 18 April 2026 bertempat di Grand Swiss-Belhotel Melaka.
Bengkel ini diadakan untuk membentangkan dan mengesahkan laporan dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis dokumen, soal selidik dan temubual berkaitan penglibatan staf UTHM dalam aktiviti sukan serta implikasinya terhadap tadbir urus universiti.
Sekian.
09/04/2026
6 April 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
TRANSFORM, UTHM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 6 April 2026.
Lawatan ini dilaksanakan di bawah Geran Penyelidikan bertajuk “Amalan Terbaik Badan Beruniform di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (J016)” dengan tujuan untuk meneliti dan mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan aktiviti badan beruniform. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program kokurikulum di UTHM.
Sekian.
09/04/2026
5 April 2026 | Lawatan Penanda Aras Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM Ke Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM)
TRANSFORM, UTHM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 April 2026.
Lawatan ini dilaksanakan di bawah Geran Penyelidikan bertajuk “Amalan Terbaik Badan Beruniform di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (J016)” dengan tujuan untuk meneliti dan mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan aktiviti badan beruniform. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan pertukaran idea dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program kokurikulum di UTHM.
Sekian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Institut Transformasi Sosial Dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |