MASJID RAUDHATUL ILMIYYAH KG KUALA

MASJID RAUDHATUL ILMIYYAH KG KUALA

Share

17/08/2018

Adab ketika Berdoa

Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA berkata; Nabi SAW mendengar seseorang berdoa dalam solatnya dan tidak mengucapkan selawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang ini telah tergesa-gesa." Kemudian Baginda SAW memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada orang lain: "Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki." Abu ‘Isa berkata; hadith ini adalah hasan sahih. (Hadith riwayat At-Tirmizi, No: 3477, Abu Dawud, No: 1481, an-Nasaie, No: 1284, Ahmad, No: 22811).

Matan Hadith:

ﻋَﻦْ ﻓَﻀَﺎﻟَﺔَ ﺑْﻦَ ﻋُﺒَﻴْﺪٍ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺳَﻤِﻊَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ
ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺭَﺟُﻼ ﻳَﺪْﻋُﻮ ﻓِﻲ ﺻَﻼﺗِﻪِ ﻓَﻠَﻢْ
ﻳُﺼَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻋَﺠِﻞَ ﻫَﺬَﺍ ﺛُﻢَّ ﺩَﻋَﺎﻩُ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻟَﻪُ ﺃَﻭْ ﻟِﻐَﻴْﺮِﻩِ ﺇِﺫَﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻓَﻠْﻴَﺒْﺪَﺃْ ﺑِﺘَﺤْﻤِﻴﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺍﻟﺜَّﻨَﺎﺀِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟْﻴُﺼَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺛُﻢَّ ﻟْﻴَﺪْﻉُ ﺑَﻌْﺪُ ﺑِﻤَﺎ ﺷَﺎﺀَ
] ﺍﻟﺘﺨﺮﻳﺞ : ﺳﻨﻦ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ , ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﺪﻋﻮﺍﺕ , ﺑﺎﺏ ﻣﺎ ﺟﺎﺀ ﻓﻲ ﺟﺎﻣﻊ ﺍﻟﺪﻋﻮﺍﺕ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ , ﺣﺪﻳﺚ ﺭﻗﻢ 3477 , ﻭﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﻋِﻴﺴَﻰ ﻫَﺬَﺍ ﺣَﺪِﻳﺚٌ ﺣَﺴَﻦٌ ﺻَﺤِﻴﺢٌ [

Pengajaran Hadith :

1. Berdoa dari segi bahasanya bererti memanggil, memohon, atau meminta. Ketika berdoa, bererti sedang memanggil, memohon, dan meminta kepada Allah, Zat Yang Maha Agung, lagi Maha Mendengar.
2. Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.
3. Berdoa adalah ibadah. Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

Sumber Rujukan :

1-Kitab Jami’ at-Tarmizi
2-Kitab Sunan Abu Dawud
3-Kitab Sunan An-Nasaie
4-Kitab Musnad Ahmad
5-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
6-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Kemaskini Terakhir: 09 Ogos 2018
Hits: 741

13/08/2018

"tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (10 hari pertama zulhijah)"
-HR al bukhari

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Masjidur Raudhatul Ilmiyyah Kg Kuala
Papar
89600