APM PAPAR

APM PAPAR

Share

01/06/2026

RESPON KES KMU
1 Jun 2026 | Isnin
Kg Kabang Papar, Sabah

30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMAATAN & HARI GAWAI DAYAK 2026

Perayaan menuai merupakan simbol kesyukuran atas hasil usaha, pengorbanan dan keberkatan yang dikurniakan.

Dalam kepelbagaian budaya yang mewarnai negara, Kaamatan dan Gawai mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai warisan, memelihara perpaduan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan demi masa hadapan yang lebih sejahtera.

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Hari Gawai.

Ikhlas daripada, Lt. (PA) Hasdiee Bin Abdullah Pegawai Pertahanan Awam Daerah Papar serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Papar

Photos from APM PAPAR's post 24/05/2026

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT DAERAH PAPAR TAHUN 2026

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Mohd Lotfi bin Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar selaku penganjur program, pihak SMK Kinarut, urus setia program, guru-guru pengiring dari sekolah yang terlibat serta barisan Kadet Pertahanan Awam atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Program KASPA ini telah disertai oleh seramai 48 orang pelajar daripada SMK Kinarut, SMK Pengalat, SMK Majakir dan SMKA Kimanis. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Papar dengan kerjasama SMK Kinarut, Papar serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Papar.

Masa: 0800H – 2200H
Tempat: SMK Kinarut, Papar
Tarikh: 24 Mei 2026 | Ahad

Program ini bertujuan membentuk disiplin, semangat kerjasama, kepimpinan serta keyakinan diri dalam kalangan peserta, di samping menambah ilmu keselamatan dan memupuk semangat cintakan negara.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Papar/Beaufort
Papar
89600