SK Surati

SK Surati

Share

30/04/2026

Hari ini kami mengiringi pemergian dengan senyuman yang cuba menutup sebak, kerana kami tahu perpisahan ini bukan kehilangan,
tetapi tanda bahawa seorang insan hebat sedang melangkah untuk terus menabur bakti di tempat baharu.

Terima kasih atas setiap nasihat,
setiap teguran yang mendidik,
setiap dorongan yang membangkitkan,
dan setiap pengorbanan yang menginspirasikan.

Selamat menempuh lembaran baharu, Tuan Guru Besar.
Nama dan jasa tuan akan sentiasa hidup dalam sejarah dan hati warga SK Surati, Papar.

Photos from SK Surati's post 27/04/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SK. Surati, Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Azli atas pelantikan beliau sebagai Guru Besar di SK. Kaiduan, Papar, berkuat kuasa 28 April 2026.

Hari ini, 27 April 2026, merupakan perhimpunan rasmi terakhir beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK. Surati — satu detik yang pastinya sarat dengan kenangan dan penghormatan. Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi serta kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Jasa dan bakti Cikgu Azli akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Semoga terus melakar kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah baharu. Sekali melangkah, terus gemilang.

Photos from SK Surati's post 19/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat, 17 April 2026, berjalan lancar dan penuh makna. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah bermurah hati menyumbangkan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Semoga semangat kebersamaan ini terus menyemarakkan jalinan ukhuwah antara sesama kita.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kg Surati
Papar
89600

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00