MGP PAPAR
16/05/2023
JAMUAN HARI RAYA MGP PAPAR & SAMBUTAN HARI GURU
13 MEI 2023
16/04/2023
PAPAR : Khatam al-Quran merupakan suatu ibadah yang menjadi tuntutan agama Islam yang digalakkan mengkhatamnya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup muslim.
Ketua Majlis Guru PASTI Papar, Nor Bazilah Maspan berkata, kepentingan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlulah difahami, dihayati dan diamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.
Naqibat, saudari Nadhira Andi Buanah p**a menerangkan tentang amalan Puasa enam yang boleh dilaksanakan bermula 2 syawal, dan beberapa kelebihan berpusa enam, antaranya pelengkap amalan fardhu,ibarat berpuasa selama setahun dan lain-lain.
Majlis diteruskan dengan perkongsian isu semasa yang telah disampaikan oleh Ketus MGP Papar, Nor Bazilah berkenaan dengan disiplin guru, dan cara menghadapi pelajar dan ibu-bapa.
Majlis yang telah berlangsung di Pasti Gloxinia ini telah dihadiri oleh 23 orang guru PASTI Kawasan Papar.
"Majlis Khatam Al-Quran ini adalah aktiviti tahunan bagi Majlis Guru Papar, majlis ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturrahim,malahan ia juga mampu mendidik hati kita untuk menerima pendapat dan teguran daripada orang lain. Semoga Allah berkati majlis kita dan semoga Allah memuliakan kita semua dengan Al-Quran."
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Papar