4Not Studio
16/02/2026
Pergi ke kebun memetik cili,
Singgah sebentar membeli jambu,
Walau penat bermain tadi,
Ukhwah erat terus bersatu.
Pagi hari memetik delima,
Delima merah di tepi taman,
Menang kalah adat berlumba,
Semangat sukan kita utamakan.
Burung merpati terbang ke pekan,
Singgah sebentar di dahan cemara,
Selesai sudah perlawanan dijalankan,
Terima kasih semua yang turut serta.
LBS..
NEVOW TJ 1k sold…
Pemanasan badan sebelum bermain badminton sangat penting 🏸
✔ Kurangkan risiko kecederaan
✔ Tingkatkan pergerakan & stamina
✔ Bantu badan lebih bersedia
Ikuti step-step dalam infografik ini sebelum mula bermain.
03/02/2026
“Merisik sudah,bertunang pun sudah,ijab dan kabul pun dah sah, tunggu FIL (family in law) datang menjemput”..
“Datang membeli dengan senyuman,
terima kasih atas sokongan”😊😊🏸
03/02/2026
felet w88 dah sold out,felet P1 masih tinggal beberapa unit sahaja lagi,sapa yang belum grab boleh la grab untuk buat “moreh” nanti..🏸🏸😉😉
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Malam Nisfu Syaaban hadir sebagai satu peringatan buat kita semua untuk berhenti sejenak, menundukkan hati, dan melihat kembali perjalanan hidup yang telah kita lalui. Di malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperbanyakkan doa, memohon keampunan atas segala dosa yang disedari mahupun yang tidak disedari, serta memohon agar Allah SWT menerima setiap amal yang pernah kita lakukan, walaupun kecil nilainya di sisi manusia.
Semoga di malam yang mulia ini, Allah membersihkan hati kita daripada sifat iri, dendam dan kelalaian, mengurniakan ketenangan jiwa, melapangkan rezeki yang berkat, mempermudah segala urusan, serta menetapkan kita dalam iman dan ketaatan. Mudah-mudahan juga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan yang akan datang dalam keadaan sihat, tenang dan bersedia untuk memperbaiki diri.
Selamat menyambut Malam Nisfu Syaaban. Semoga setiap doa yang dipanjatkan diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Aamiin 🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Besar
Paka
23100
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 22:00 |
| Tuesday | 10:00 - 22:00 |
| Wednesday | 10:00 - 22:00 |
| Thursday | 10:00 - 22:00 |
| Friday | 14:00 - 23:00 |
| Saturday | 10:00 - 22:00 |
| Sunday | 10:00 - 22:00 |